WARTAWAN PEMANGKIN PEMBANGUNAN NEGERI SABAH

Anugerah Kewartawanan Shell Kinabalu yang memasuki usia 24 tahun penganjurannya merupakan platform yang disediakan oleh pihak penganjur dalam usaha mengiktiraf karya-karya berkualiti kewartawanan dan sumbangan para karyawan dan wartawan terhadap isu-isu pembangunan, kemajuan sosio ekonomi serta melaporkan rungutan rakyat.

Kehadiran Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dalam ucaptamanya mengakui kelangsungan peranan para pengamal media Sabah banyak mempengaruhi pembangunan Negeri di Bawah Bayu itu. Beliau juga berharap penglibatan Kerajaan Negeri dengan semua pihak merangkumi stakeholdernya juga para wartawan dapat membantu mentransformasikan Negeri Sabah dan memacu ke arah pembangunan ekonomi Negara. Ini kerana pengamal media memainkan peranan dalam mempengaruhi kemasukan pelaburan berpotensi ke Negeri Sabah menerusi pelaporan yang betul dan berdasarkan fakta tepat.

Sejumlah 307 penyertaan diterima oleh Sekretariat dan NSTP menang besar dengan merangkul 6 anugerah utama; 17 anugerah merit untuk kategori-kategori yang dipertandingkan.

Hadiah disampaikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah dan hadir sama menyaksikan penyampaian anugerah kewartawanan Datuk Ian Lo, Pengerusi Shell Malaysia; Encik Francis Fahir, Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran/ Pengerusi SJA; dan Datin Lucy Irene Yong, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjuran/ Penasihat Kanan Hubungan Luar dan Kerajaan, Shell Sabah pada 5 Ogos yang lalu bertempat di Sutera Magellan Resort, Kota Kinabalu.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

IMG_8194 (1280x853)

  1. Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran/ Presiden SJA, Fancis Fahir menyampaikan kata aluan.IMG_8205 (1280x853)
  2. Datuk Ian Lo, Pengerusi Shell Malaysia turut menyampaikan ucapan.

 IMG_8324 (1280x853)

  1. Tetamu kehormat, YAB Ketua Menteri Sabah hadir memperlihatkan sokongan beliau terhadap penganjuran anugerah dan penghargaan kepada kaum wartawan Sabah.

 IMG_8358 (1280x853)

  1. Para pemenang bergambar kenangan bersama tetamu kehormat di pentas utama.

 

 IMG_8366 (1280x853)

  1. Terima kasih YAB Ketua Menteri Sabah!

 IMG_8373 (1280x853)

  1. Sebahagian tetamu mengambil peluang bergambar bersama Ketua Menteri Sabah.