Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia tampil 13 penceramah berwibawa

Tiga belas orang penceramah berwibawa telah ditampilkan untuk membimbing para peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia selama dua minggu di Kota Kinabalu dan Kundasang bermula 18 hingga 31 Januari 2015. Mereka terdiri daripada para wartawan berpengalaman dan ahli akademik tersohor dalam bidang kewartawanan, komunikasi, media dan undang-undang.

1. Tiga penceramah hari pertama – dari kiri: Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad; Jerry Kamijan, Penolong Ketua Pengarang The New Sabah Times, James Sardar, Ketua Pengarang Daily Express.

2. Dr. Haryati Abd Karim, pensyarah kanan kewartawanan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

3. Profesor Madya Dr. Mus Chairil Samani, Timbalan Dekan Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

4. Profesor Dr. Azizah Hamzah, Ketua Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM).

5. Profesor Datuk Hamdan Adnan, Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bercakap tentang kewartawanan pembangunan.

6. T. Selva, Pengarang Kanan Perundingan The Star membimbing peserta mengenai teknik wawancara dan pemberitaan jenayah dan mahkamah.

7. Profesor Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi pencerahan kepada para peserta Zamalah tentang Perlembagaan Persekutuan dan doktrin pengasingan kuasa negara iaitu legislatif, eksekutif dan judisiari.

8. Profesor Salleh Buang, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendedahkan peserta dengan undang-undang dan media.

9. Dr. Jeniri Amir, pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (UMS) mengasuh peserta dengan penulisan rencana dan naratif.

10. Zainal Abd Halim, bekas jurufoto agensi berita Reuters berceramah tentang kewartawanan foto.

11. Mohammed Hazli Mohammed Hassan ( berbaju hitam di tengah) memberi penjelasan kepada para peserta bagaimana untuk membuat rakaman video semasa sesi amali kewartawanan multimedia di kaki Gunung Kinabalu.

12. Datuk Chamil Wariya, moderator Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2015, bergambar kenangan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Foto ini dirakam oleh salah seorang peserta Zamalah semasa sesi latihan amali kewartawanan foto.