Terima kasih PETRONAS

 

Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas, Datuk Mohamad Medan Abdullah (dua kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM300,000.00 kepada Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya (tengah) pada majlis penyerahan tajaan HKM 2011 di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2012. 

 Turut menyaksikan penyerahan cek tajaan itu ialah Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Yong Soo Yeong (kiri), Pengarang Urusan Berita dan Ehwal Semasa Media Prima Berhad, Datuk Shahruddin Latif (dua kanan) dan Pengarang Bersekutu Nanyang Siang Pau, Eric Foo.

 Hadiah kepada para pemenang HKM akan disampaikan pada Malam Wartawan Malaysia 2012 di hotel yang sama pada 30 Mac 2012. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah tetamu kehormat majlis anjuran MPI itu.

 PETRONAS adalah penaja HKM sejak 1994.

 

One thought on “Terima kasih PETRONAS

  1. […] Terima kasih PETRONAS […]

Comments are closed.