Taklimat media tentang Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM)

Satu taklimat media tentang Pergerakan Kesederhanan Global (GMM) berlangsung di Kuala Lumpur pada 10 September 2012. Taklimat anjuran Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Global Movement of Moderates Foundation (GMMF) itu dihadiri oleh 30 orang wartawan tempatan dan luar negara.

Pengerusi GMM, Tan Sri Razali Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif GMM, Khalek Awang telah menyampaikan taklimat tentang peranan pergerakan yang telah diasaskan penubuhannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu.
Antara nama besar dunia kewartawanan Malaysia yang hadir pada majlis itu ialah Tokoh Wartawan Negara 2011, Datuk A. Kadir Jasin, Penasihat Eksekutif Editorial Karangkraf, Datuk A. Jalil Ali, Timbalan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zulkifli Salleh, Ketua Pengarang Berita The Star, T. Selva.
Maimunah Rashid, Konsultan MPI, menyampaikan ucapan alu-aluan kepada peserta. Turut kelihatan Tan Sri Razali dan Khalek.
Sebahagian peserta yang menghadiri taklimat tentang GMM anjuran MPI.
Tan Sri Razali (kanan) dan Khalek, mewakili GMM, sedang memberi taklimat.