MPI Sertai Konvensyen Dakwah Negara Bertemakan Dakwah Era Digital

Bukit Jalil, 23 Disember 2025 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini menyertai Konvensyen Dakwah Negara bertemakan “Dakwah Mengharungi Era Digital & Pasca Normal” anjuran Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di Hotel Kingston, Bukit Jalil.

Ucaptama konvensyen telah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Marhamah Rosli. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pendekatan dakwah yang berstrategi bagi mendepani cabaran dinamik dalam era digital dan pasca normal.

Konvensyen ini turut memuatkan beberapa sesi pembentangan dan interaksi aktif bersama peserta. Antara fokus utama perbincangan merangkumi kerangka serta kepentingan dakwah digital, keperluan ruang kandungan digital yang inklusif, serta hubung kait antara dakwah dengan psikologi masyarakat digital. Selain itu, penggunaan teknologi terkini seperti sistem data, kecerdasan buatan (AI), dan Data Raya (Big Data) turut diketengahkan sebagai instrumen penting dalam membangunkan strategi kandungan dakwah yang lebih bersasar.

Seramai lebih 50 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyertai konvensyen ini. MPI diwakili oleh Pengurus Kanan Unit Pengurusan Projek, Dr. Nuzatul Shima dan Puan Norhafiza Kamaludin, serta Pelatih Kandungan Kreatif, Saudari Aisyah.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter