Siakap Keli dan Wiser.my Cipta Dokumentari Berasaskan AI

Video pendek ini merupakan hasil kreativiti sekumpulan wartawan Siakap Keli yang mengikuti latihan di Malaysian Press Institute (MPI) di bawah inisiatif Dana Inovasi Media.

Sepanjang latihan, peserta menunjukkan komitmen, disiplin dan profesionalisme yang tinggi dalam menguasai kemahiran kewartawanan digital berasaskan kecerdasan buatan (AI). Mereka bukan sekadar menghasilkan laporan berita, malah membina keseluruhan kandungan secara menyeluruh menggunakan pelbagai elemen kewartawanan moden.

Setiap wartawan menghasilkan karya sendiri, bermula daripada penulisan teks berita, pembangunan idea, penjanaan prompt AI, penghasilan grafik dan animasi, muzik AI, penulisan skrip, rakaman suara latar (voice-over) serta penyuntingan visual. Kesemua hasil individu itu kemudiannya digabungkan menjadi sebuah dokumentari yang mempunyai jalan cerita, identiti visual dan penceritaan yang lengkap.

Karya ini membuktikan bahawa wartawan masa kini bukan lagi sekadar menyampaikan berita, tetapi berperanan sebagai pencipta kandungan (content creator) yang menguasai keseluruhan rantaian penghasilan kandungan digital tanpa mengabaikan prinsip kewartawanan yang tepat, sahih dan beretika.

Latihan ini dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Dr. Ainol Amriz Ismail, yang memberi penekanan kepada integrasi AI dengan kemahiran kewartawanan bagi melahirkan pengamal media yang lebih bersedia menghadapi landskap media digital yang semakin dinamik. Tahniah wartawan Siakap Keli !

#mpicommit

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter