Chamil sertai forum bincang peranan media merelevankan pengajian tinggi di USM

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya adalah antara tiga orang ahli panel yang mengambil bahagian dalam Forum Media@USM yang berlangsung pada 19 Mei 2015 di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Dua lagi  ahli panel ialah Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Omar Osman dan Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Ahmad Salim Bachok.

300 orang ahli akademik dan pelajar Pusat Pengajian Komunikasi USM menghadiri forum anjuran bersama Pusat Pengajian Komunikasi USM dan Pusat Media dan Perhubungan Awam USM.

Forum Media@USM yang bertemakan Peranan Media Dalam Merelevankan Pengajian Tinggi  bermula jam 2.30 petang dan berakhir dua jam kemudian itu dipengerusikan oleh Editor Urusan Bernama TV Synergy Sdn Bhd, Sharkawi Jirim.

Turut hadir pada forum itu ialah Dekan Pusat Pengajian Komunikasi USM, Profesor Madya Dr. Jamilah Haji Ahmad, Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam USM, Mohamad Abdullah, Ketua Pegawai Operasi Star Radio, Kudsia Kahar, Ketua Pegawai Eksekutif Alhijrah Media Corporation, Datuk Haji Wan Alias Abdullah, Datuk Johan Jamat, Pengerusi Pribumi.

1. Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Omar Osman (kiri) berbual mesra dengan Datuk Johan Jamat, pengerusi Persatuan Pengiklan Bumiputera Selangor dan Wilayah Persekutuan (PRIBUMI, tiga kanan); Encik Ahmad Salim (dua kanan) dan Datuk Dr. Chamil sebelum Forum Media@USM bermula pada petang 19 Mei 2015 di Dewan Budaya USM.

2. Ahmad Salim dan Chamil tekun mendengar apa yang dinyatakan oleh Profesor Datuk Dr.Omar.

3. Chamil sedang menyampaikan pembentangannya.

4. Ahli panel dan moderator Forum Media@USM. Dari kiri: Profesor Datuk Dr. Omar, Sharkawi Jirim (moderator), Datuk Dr. Chamil dan Ahmad Salim.