CYBERJAYA, 3 Mac 2026 – Malaysian Press Institute (MPI) menghadiri Majlis Iftar Apresiasi Media 2026 anjuran Cyberview Sdn. Bhd. yang berlangsung di sini sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media atas peranan mereka dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Dalam majlis tersebut, Cyberview turut menyerahkan sumbangan Zakat Wakalah berjumlah RM9,000 kepada MPI untuk disalurkan kepada rakan-rakan media yang berdepan dengan masalah kesihatan.
Replika cek sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview, Encik Kamarul Ariffin Abdul Samad, kepada Dr. Nuzatul Shima Sulaiman yang mewakili MPI.
Sumbangan tersebut mencerminkan keprihatinan Cyberview terhadap kebajikan komuniti media, khususnya dalam membantu mereka yang memerlukan, di samping mengeratkan hubungan antara industri media dan sektor korporat.
Majlis iftar berkenaan turut menjadi platform memperkukuh jaringan kerjasama antara Cyberview dan pengamal media dalam usaha memperkasa ekosistem komunikasi dan penyampaian maklumat kepada masyarakat.










