Kuala Lumpur, 7 April — Malaysian Press Institute (MPI) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Majlis Pentadbir semalam bagi membincangkan pelbagai agenda strategik, termasuk perancangan program utama organisasi bagi tahun 2026.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Yong Soo Heong, turut dihadiri oleh barisan Ahli Majlis Pentadbir, iaitu Cik Farrah Naz Abd Karim (Timbalan Presiden), Encik Brian Martin Sagayam (Naib Presiden), Datin Paduka Nur’ul Afida Kamaludin, Encik Choo Joon Kian, Dr. Diana Dominic, Dr. Safar Hasim, Puan Sri Radhiah Shaharuddin, Datuk Mustapa Omar, Encik Thiaga Rajan, Puan Mariah Doksil serta Encik Ronnie Teo. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Haji Ainol Amriz.
Antara perkara utama yang dibincangkan ialah persiapan penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang dijadualkan berlangsung pada 14 April 2026, termasuk pembentangan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2025.
Selain itu, mesyuarat turut meneliti perancangan penganjuran Malam Wartawan Malaysia 2026 dengan penekanan terhadap pengisian program yang berkualiti, berimpak tinggi serta menepati standard penganjuran berprestij.
Turut dibentangkan ialah perancangan dan pelaksanaan aktiviti MPI sepanjang tahun 2026 sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh peranan institut dalam pembangunan industri media negara.
Mesyuarat ini turut disokong oleh kehadiran sekretariat MPI, iaitu Puan Norlida Jamain (Pengurus Besar), Puan Nur Afiqah Rahmat (Koordinator Projek), Puan Norfatin Syahira Jusoh (Eksekutif Pentadbiran/Kesetiausahaan) serta Encik Yusof Saharin (Pengurus Kewangan).
Majlis Pentadbir MPI berfungsi sebagai badan pembuat dasar dan pemantau utama organisasi yang bertanggungjawab memastikan tadbir urus berkesan, kelancaran pelaksanaan program serta pencapaian objektif strategik institut.



