Malaysian Press Institute (MPI) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada pagi ini bertempat di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya, yang berlangsung secara hibrid melibatkan kehadiran fizikal dan dalam talian.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong itu disertai seramai 33 orang ahli termasuk proksi yang mewakili pertubuhan masing-masing.
Penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan ini bertujuan membentangkan laporan tahunan organisasi, termasuk pencapaian program sepanjang tahun lalu, penyata kewangan yang telah diaudit, serta perancangan strategik MPI bagi tahun semasa.
Mesyuarat turut dihadiri oleh barisan Ahli Majlis Pentadbir, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail, serta setiausaha syarikat dan juruaudit yang telah dilantik oleh MPI.
Penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan ini turut disokong oleh barisan sekretariat MPI yang memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat.
SIARAN MEDIA: MPI CATAT PENINGKATAN KETARA 2025













