Persediaan MPI–TNB Knowledge Sharing Session 2.0

BANGSAR, 5 Mei 2026 – Malaysian Press Institute bersama pegawai komunikasi korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB) petang tadi berkesempatan membuat persiapan penganjuran program ‘MPI–TNB Knowledge Sharing Session 2.0’ di Ibu Pejabat TNB, Bangsar.

Program ini yang akan berlangsung esok merupakan siri kedua daripada Program Literasi Tenaga Malaysia (MELP), bertujuan meningkatkan pemahaman editor dan wartawan mengenai sektor tenaga dan operasi TNB bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan kepada masyarakat.

Bakal menghimpunkan para editor, wartawan, pengamal media, pegawai komunikasi korporat dan tenaga pakar (subject matter experts) TNB dalam beberapa sesi perkongsian strategik dalam bentuk penyampaian maklumat, perbincangan dan pertukaran pandangan.

Nantikan perkembangan selanjutnya pada esok hari di media sosial MPI.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter