Activity
MPI Jalin Kerjasama Dengan Persatuan Dan Kelab Pulau Pinang

MPI Jalin Kerjasama Dengan Persatuan Dan Kelab Pulau Pinang

24 Januari 2025, Georgetown – Malaysian Press Institute (MPI) menyantuni wakil Penang Press Club dan Kelab Media Mutiara Pulau Pinang dalam jamuan makan malam di Restoran Irama Dining malam tadi.

Hadir dalam program santai itu ialah Presiden Penang Press Club, Encik Ang Tong Kai dan Timbalannya Puan Tan Ean Nee. Manakala Presiden Kelab Mutiara Pulau Pinang, Encik Mohd Iskandar Othman hadir bersama Setiausahanya Encik Al’lias Che Rahim.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin persatuan dan kelab media itu menyatakan sokongan untuk bekerjasama dengan MPI dalam penganjuran Anugerah dan Seminar di Pulau Pinang.

Presiden Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Yong Soo Heong berkata pertemuan ini amat bermakna kepada MPI dalam usaha mendekati pengamal media di luar Lembah Klang.

Beliau juga menyatakan harapan agar kerjasama erat yang terjalin antara MPI dan pengamal media di Pulau Pinang ini boleh mempertingkatkan mutu kewartawanan dengan penghasilan laporan berita berkualiti tinggi melalui latihan yang dianjurkan.