KUALA LUMPUR, 1 Julai 2026 – Satu langkah awal telah diatur melalui sesi pertemuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bersama Malaysian Press Institute (MPI) hari ini.
Kehadiran PERKESO diketuai oleh Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Roshaimi Mat Rosely, Ketua Cawangan Komunikasi Strategik dan Penjenamaan Jenama & Editorial, Dato’ Tengku Khalidah binti Tengku Bidin, serta pegawai-pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat PERKESO.

MPI pula diwakili oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Hj. Ainol Amriz Ismail, Pengurus Besar, Puan Norlida Jamain dan Ketua Unit Media Sosial, Encik Ibrahim Darman.
Sesi ini merupakan satu usaha awal yang sedang digerakkan bagi memperkukuh kerjasama strategik demi memberi manfaat kepada pengamal media.











