PULAU PINANG, 19 Jun 2026 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini tiba di Pulau Pinang bagi melaksanakan persiapan akhir sebagai pempamer di PICCA Convention Centre, Butterworth sempena Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.
MPI turut mengadakan sesi penyelarasan bersama urus setia HAWANA bagi memastikan kelancaran operasi serta kesiapsiagaan sepanjang program berlangsung.
Penyertaan MPI dalam HAWANA 2026 mencerminkan sokongan penuh terhadap penganjuran acara berprestij ini, selain menjadi platform untuk memperkenalkan inisiatif latihan, pembangunan profesional dan pemerkasaan industri media negara.
Kemuncak sambutan HAWANA 2026 yang berlangsung esok dijangka disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.








