Perbincangan Strategik Demi Kelangsungan Media Digital

16 Disember 2024, Cyberjaya – Pagi ini bertempat di Pusat Latihan MPI, telah berlangsungnya sesi perbincangan yang signifikan bersama delegasi Malaysian Press Institute (MPI) dan wakil media dalam talian. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada peluang kerjasama strategik yang ditawarkan oleh MPI kepada organisasi media dalam talian melalui pelbagai program yang dirancang.

Langkah ini bukan sahaja bertujuan untuk menyokong kelangsungan organisasi media, malah memperkukuh struktur media digital agar menjadi lebih mampan dan inklusif. Dalam dunia yang semakin didominasi oleh teknologi, inisiatif seperti ini amat penting bagi memastikan media tempatan mampu berdaya saing, berinovasi, dan dalam masa yang sama memenuhi kehendak audiens masa kini.

Dengan usahasama ini, MPI berharap sinergi pada kali ini mampu memacu dan mencetus idea baharu dalam memperkukuh industri media sekali gus menyelaraskan platform digital sejajar dengan arus perdana pada hari ini.

Wakil media dalam talian sedang fokus mendengar dan bertukar pandangan berkaitan perkara yang diusulkan di dalam perbincangan.
9 orang wakil media dalam talian yang hadir dalam perbincangan bersama anjuran MPI.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter