Kewartawanan Data: Pentingkah kepada Pengamal Media Malaysia?
Di era digital yang serba pantas ini, media di Malaysia menghadapi cabaran besar dalam menyampaikan berita yang tepat dan relevan kepada masyarakat. Dengan ledakan maklumat dan kewujudan berita palsu, pengamal media perlu mencari cara baharu untuk memastikan berita yang dihasilkan mempunyai kredibiliti tinggi. Salah satu pendekatan yang semakin penting ialah kewartawanan data atau data journalism.
Kewartawanan data menggabungkan analisis statistik dan teknologi dengan penulisan berita, membolehkan wartawan menggali dan menyampaikan laporan yang lebih tepat dan berfakta. Kumpulan ini juga berperanan dalam mengatasi berita palsu.
Dengan memanfaatkan data yang sahih dan boleh disahkan, wartawan dapat menyekat dakwaan yang tidak berasas dengan memberikan maklumat yang benar kepada pembaca. Ini penting untuk memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap media arus perdana.
Apa pun cabaran besar yang dihadapi oleh wartawan di Malaysia adalah kekurangan kemahiran dalam menganalisis data. Ramai wartawan masih belum terlatih dalam menggunakan alat analisis atau memanfaatkan data dalam laporan mereka.
Oleh itu, latihan berterusan adalah kunci untuk memastikan kewartawanan data menjadi sebahagian penting dalam amalan kewartawanan masa hadapan.
Secara keseluruhannya, kewartawanan data bukan sahaja relevan tetapi juga menjadi keperluan dalam era digital ini. Ia membantu wartawan menghasilkan laporan yang lebih tepat, telus, dan berkualiti tinggi, di samping memupuk keterbukaan dan bertanggungjawab dalam dunia media yang semakin mencabar.
Hubungi Malaysian Press Institute (MPI) – 03-86892717 untuk mengetahui mengenai latihan Data Journalism ini.