Kursus
Belajar menghasilkan rencana berkesan daripada pemenang Hadiah Kajai

Belajar menghasilkan rencana berkesan daripada pemenang Hadiah Kajai

Dalam usaha untuk menajamkan kemahiran mengarang dalam kalangan pengamal media profesional dan media sosial, Malaysian Press Institute (MPI) akan menganjurkan penulisan media dan rencana berkesan pada 15 dan 16 Julai 2021.

Kursus dua hari itu dibimbing oleh Faizal Zakaria, pemenang Hadiah Kajai, Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) 2004.

Beliau juga merupakan mantan editor prosesan akhbar Kosmo!, terbitan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Hadiah Kajai adalah anugerah kewartawanan berprestij di negara ini dan merupakan hadiah tertinggi yang boleh dimenangi oleh mana-mana wartawan.

Hasil kerja mereka yang memenangi Hadiah Kajai bukan sahaja berkualiti tinggi dari segi penulisan dan penceritaan tetapi juga memuatkan elemen-elemen kewartawanan penyiasatan yang rapi.

Dalam kes Faizal, karya kewartawanan beliau mengenai pencemaran air di Lembah Klang telah diiktiraf oleh panel hakim HKM sebagai yang terbaik bagi tahun 2004, sekaligus melayakkannya diangkatan sebagai pemenang Hadiah Kajai.

Pengurus Latihan MPI, Puan Norhafiza Kamaludin berkata beliau percaya Faizal adalah penceramah yang sesuai untuk kursus tersebut memandangkan kecermerlangannya dalam kerja-kerja kewartawanan semasa berkhidmat dengan Kosmo!.

“Justeru, saya mempelawa mereka yang ingin menajamkan kemahiran menghasilkan rencana yang bernas untuk organisasi media masing-masing supaya mengikuti program ini,” katanya.

Norhafiza percaya perkongsian pengalaman dengan seorang wartawan yang berpengalaman luas dalam selok belok penulisan rencana adalah satu cara yang baik untuk meningkatkan kemahiran dalam berkarya.

Sila tekan ini untuk pendaftaran Kursus Penulisan Media Dan Rencana Berkesan.

Butiran bagi kursus ini boleh didapati dengan hubungi Puan Miza di nombor talian 017-4875859 atau emel ke trainingmpi2945@gmail.com