Hari Kedua AI Di Sarawak: Pendekatan Prompting Dan Prinsip Etika

8 Januari 2025 – Hari Kedua Kursus “Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management” yang dipimpin oleh penceramah, Encik Cletus de Rozario, memberikan pemahaman mendalam mengenai pembelajaran prompting dalam kecerdasan buatan (AI). Kursus ini menekankan kepentingan berinteraksi dengan model AI melalui arahan yang tepat dan berkesan untuk menghasilkan hasil yang lebih optimum dalam pelaporan media.

Sepanjang kursus ini berlangsung peserta dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam merangka soalan yang lebih jelas, serta mendapatkan jawapan yang relevan dan tepat daripada kecekapan model AI yang digunakan ini. Pendedahan ini juga memberi keutaman dari segi etika dalam penggunaan data, di mana prinsip moral diterapkan dalam membina kepercayaan komuniti sejagat.

Peserta sedang berdiskusi dan berkongsi idea dalam memanfaatkan teknologi AI bagi memantapkan pelaporan media.
Staf MPI sedang melangsungkan sesi temubual bersama salah seorang peserta kursus.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter