MPI, Jabatan Peguam Negara Lancar Inisiatif Perkukuh Literasi Perundangan Pengamal Media

PUTRAJAYA, 3 Julai 2026 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Peguam Negara bagi memperkukuh hubungan strategik serta membincangkan pelaksanaan inisiatif bersama yang memfokuskan kepada literasi perundangan dan pembangunan profesional pengamal media.

Delegasi MPI diketuai oleh Presiden, Datuk Yong Soo Heong bersama Ahli Majlis Pentadbir, Encik Thiaga Rajan; Pengurus Besar, Puan Norlida Jamain; Eksekutif Pentadbiran/Kesetiausahaan, Puan Norfatin Shahira; serta Eksekutif Kandungan Kreatif, Cik Nurul Ifatul Aisyah. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Peguam Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar bersama Ketua Unit Komunikasi Strategik, Encik Mohd Amir Khusairi Harun.

Pertemuan tersebut membincangkan potensi kerjasama strategik antara MPI dan Jabatan Peguam Negara dalam memperkukuh kefahaman pengamal media terhadap aspek perundangan serta meningkatkan profesionalisme pelaporan. Antara inisiatif yang dipersetujui ialah penganjuran Luncheon Talk Peguam Negara Bersama Editor sebagai platform dialog mengenai isu-isu semasa yang melibatkan media dan perundangan, di samping pelaksanaan Program Literasi Perundangan untuk Media yang bertujuan meningkatkan pengetahuan wartawan mengenai aspek perundangan berkaitan pelaporan.

Sebagai langkah susulan, kedua-dua pihak akan meneliti pelaksanaan kedua-dua program tersebut secara bersama bagi memastikan objektif memperkukuh literasi perundangan dalam kalangan pengamal media serta menggalakkan hubungan yang lebih erat antara institusi perundangan dan industri media dapat direalisasikan.

MPI berharap jalinan kerjasama strategik ini dapat diterjemahkan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekosistem media dan komunikasi yang lebih profesional, berintegriti dan berwibawa di Malaysia.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter