MPI Jayakan Slot Latihan OSINT di National Training Week 2025

Bukit Jalil, 15 Jun 2025 – Slot latihan bertajuk OSINT (Open-Source Intelligence) sedang berlangsung hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, dikendalikan oleh Encik Munir Anaam Zuljadan, seorang penganalisis media yang berpengalaman luas dalam bidang ini.

Slot ini merupakan sebahagian daripada program National Training Week 2025, anjuran HRD Corp, dan ditawarkan secara percuma kepada peserta — satu inisiatif hebat dalam memperkasa kemahiran rakyat Malaysia dalam analisis maklumat sumber terbuka.

Melalui slot ini, Malaysian Press Institute (MPI) berpeluang mengetengahkan pentingnya latihan OSINT, terutama dalam membantu pengamal media menentang penyebaran berita palsu serta meningkatkan ketepatan laporan dan integriti kewartawanan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter