CYBERJAYA, 11 Februari 2026 — Program Train the Trainer yang berlangsung bermula 9 hingga 13 Februari 2026 di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya diteruskan untuk hari ketiga pada hari ini, dengan bimbingan Master Trainer & Assessor, Ts. Dr. Timothy Law. Sesi pembelajaran hari ini memberi tumpuan kepada tajuk “Design Competency Based Training”.
Dalam sesi ini, peserta diberi penekanan berkaitan gambaran menyeluruh mengenai keperluan kursus, termasuk penentuan objektif pembelajaran, hasil latihan yang disasarkan serta struktur kandungan yang bersesuaian dengan tahap kompetensi peserta. Peserta diperkenalkan kepada proses pembangunan sumber latihan seperti penyediaan bahan pengajaran, alat bantu latihan serta kaedah penyampaian yang berkesan bagi menyokong pencapaian hasil pembelajaran.
Melalui pendekatan ini, peserta berpeluang memahami bagaimana sesuatu kursus dirancang daripada peringkat awal hingga pelaksanaan, termasuk penyusunan aktiviti, kaedah penilaian dan strategi penyampaian yang selaras dengan standard latihan berasaskan kompetensi.







