Kursus
PETRONAS Gas Asah Lagi Kemahiran Menulis

PETRONAS Gas Asah Lagi Kemahiran Menulis

Malaysian Press Institute menganjurkan siri kedua Kursus Penulisan Surat Rasmi atas permintaan Petronas Gas Berhad (PGB) bertempat di Hotel Impiana, KLCC pada 9 November lalu. Siri pertama kursus ini telahpun diadakan di PETRONAS Research Centre, KLCC pada 2 Oktober 2023.

PGB mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini lebih kerap untuk memartabat dan mempelopori Bahasa Melayu “standard” dalam kalangan kakitangan dan pengurusan di semua peringkat syarikatnya. Secara tidak langsung, ia dapat memberi pendedahan yang lebih luas kepada mereka untuk menghasilkan penulisan yang lebih berkesan terutama apabila berurusan dengan pihak kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Kursus sehari ini dihadiri oleh 25 eksekutif PGB dilihat memberi impak yang luar biasa melalui penglibatan aktif mereka dalam topik-topik terkini yang dibincangkan.

Penceramah yang berpengalaman luas dalam penulisan iaitu Encik Zaidi Ismail, Perancang Bahasa Kanan, Dewan Bahasa dan Pustaka berkongsi banyak tips berkaitan aspek format dan laras bahasa serta penguasaan ilmu tatabahasa sebagai asas pembinaan kemahiran dalam penulisan surat rasmi.

Rata-rata peserta berpendapat kusus ini banyak memberi input terkini dalam aspek penulisan surat rasmi dan relevan dengan tugasan harian mereka serta berharap tempoh kursus dipanjangkan pada masa hadapan.

Rakaman foto kursus:

Peserta kursus hadir bagi mengasah ilmu penulisan surat rasmi
Encik Zaidi Ismail bersahaja menyampaikan ceramah kursus kepada para peserta
Para peserta tekun berbincang mengenai tugasan yang diberikan
Khusyuk melaksanakan tugasan sambil diberi tunjuk ajar daripada En Zaidi
Sesi pembetulan daripada En. Zaidi
Grup foto selepas tamat kursus. Terima kasih semua!