Album
Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia

Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia

19 Ogos, Cyberjaya: Pemergian Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Perdana Menteri, Allahyarham Rozaid Abdul Rahman pada petang semalam turut dirasai oleh seluruh pengurusan tertinggi dan warga kerja Malaysian Press Institute (MPI).

Almarhum yang berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama 40 tahun dengan memulakan kerjayanya di Utusan Malaysia pada tahun 1984. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Eksekutif Pengisian / Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian.

Walaupun telah bersara dari industri media, komitmen dan sokongan kuat beliau dalam  bidang kewartawanan diterjemah melalui program-program latihan anjuran MPI. Kepakaran dan pengetahuan beliau dikongsikan kepada para peserta yang terdiri daripada kelompok media dan pegawai perhubungan korporat. Beliau juga memainkan peranan penting dalam membantu penganjuran Malam Wartawan Malaysia termasuk urusan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia.

Kebaikan dan sumbangan Allahyarham kepada MPI akan sentiasa dikenang.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, Al – Fatihah.