KUALA LUMPUR: Bekas wartawan penyiaran Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Datuk Karam Singh Walia, meninggal dunia awal pagi tadi.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Klang kira-kira jam 3.30 pagi.
Perkara itu disahkan oleh adik mendiang yang juga Pengarang Urusan Kumpulan (GME), Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad, Jasbant Singh, sebentar tadi.
Berita penuh:
Buletin TV3 | Karam Singh Walia meninggal dunia


