PUTRAJAYA, 8 Nov (Bernama) — Majlis Media Malaysia (MMM) perlu bertindak secara bebas dan berintegriti dalam menetapkan piawaian amalan kewartawanan serta mengendalikan aduan awam berkaitan media dengan penuh ketelusan, menurut Kementerian Komunikasi.
Menurut kementerian itu, penubuhan MMM ialah satu reformasi industri media negara yang diyakini akan memperkukuh kredibiliti industri dan etika kewartawanan, di samping memelihara profesionalisme serta kebajikan pengamal media.
Kementerian turut menzahirkan keyakinan MMM mampu melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan dengan kepelbagaian kepakaran dan pengalaman barisan ahli lembaganya, yang mewakili syarikat media, wartawan dan persatuan, serta orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Berita penuh:
Bernama | Majlis Media Malaysia Perlu Bebas, Berintegriti Tetapkan Piawaian Kewartawanan



