Kursus
15 KAKITANGAN SINAR HARIAN SERTAI BENGKEL PELAPORAN PILIHAN RAYA, ASAH KEMAHIRAN MENJANA KANDUNGAN KOMPREHENSIF

15 KAKITANGAN SINAR HARIAN SERTAI BENGKEL PELAPORAN PILIHAN RAYA, ASAH KEMAHIRAN MENJANA KANDUNGAN KOMPREHENSIF

Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam buah negeri yang terlibat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan akan diadakan pada 12 Ogos ini.

Bagi tujuan pengukuhan kemahiran pelaporan berkait dengan Pilihan Raya, satu kursus khas berjudul Bengkel Latihan Pelaporan Pilihan Raya: Undang-Undang, Proses & Penjanaan Kandungan Komprehensif untuk wartawan Sinar telah diadakan pada 24 hingga 25 Julai lalu bertempat di Bilik Latihan, Bangunan Sinar Harian, Shah Alam, Selangor.

Sepanjang dua hari berbengkel, para peserta amat berpuas hati dengan penyampaian kandungan latihan yang disampaikan oleh Dr. G. Manimaran, Pengamal Media & Mantan Ahli Jawatankuasa Khas ERC.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penulisan dan pelaporan politik telah berkongsi pelbagai kaedah untuk penghasilan laporan, perbincangan bagaimana mengembangkan tema yang dipilih berdasarkan kepelbagaian cabaran liputan media yang perlu dititikberatkan oleh wartawan sebagai persediaan awal.

Para peserta bukan sahaja dibekalkan dengan perkongsian yang sangat bermanfaat berdasarkan isu-isu berkaitan politik dan pilihan raya, selain tips-tips lain yang dikongsi oleh tenaga pengajar.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Karangkraf, Encik Zamri Rambli meraikan warga kerjanya dengan menyampaikan Sijil Penyertaan sebaik bengkel tamat.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR:

Dr. G. Manimaran menyampaikan sesi bengkel kepada para peserta.
Para peserta yang terdiri daripada kakitangan Sinar Harian.
Sesi perbincangan berkumpulan.
Sesi grup foto pada hari terakhir bengkel bersama sijil penyertaan masing-masing. Terima kasih semua!