2 pegawai UUM lawat MPI
Dua orang pegawai kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan lawatan ke Malaysian Press Institute (MPI) bagi membincangkan hal-hal kepentingan bersama.
Mereka ialah YBhg Profesor Madya Dr. Faudziah Zainal Abidin, Pensyarah Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM College of Business dan Encik Redzuan Ishak, Ketua Penolong Pendaftar Kanan UUM.
Pada pertemuan pagi 28 Februari lalu, mereka telah diberi taklimat ringkas mengenai kegiatan-kegiatan teras MPI oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya sebagai penyedia kursus-kursus jangka pendek untuk golongan wartawan di negara ini, selain bertindak sebagai entiti yang menguruskan pelbagai anugerah kewartawanan dan penerbitan buku serta penyelidikan.
Sebagai tanda kenangan, Chamil menghadiahkan buku-buku kewartawanan terbitan MPI kepada mereka.
Antara 2012 hingga 2016, MPI telah mengadakan kerjasama melatih para wartawan Malaysia dalam bidang komunikasi kepengurusan (managerial communication) pada tahap ijazah Sarjana Sains (MSc).
30 orang pengamal media yang bekerja dengan pelbagai organisasi berita di Kuala Lumur telah mengikuti program tersebut dan menerima ijazah masing-masing, pada tiga majlis konvokesyen masing-masing.
Rakaman gambar-gambar: