228 PENYERTAAN HKM 2020 KINI MELALUI PENGHAKIMAN PUSINGAN PERTAMA
KENYATAAN MEDIA
228 PENYERTAAN HKM 2020 MELALUI PENGHAKIMAN PUSINGAN PERTAMA
Sebanyak 228 penyertaan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2020 (HKM 2020) diterima oleh Malaysian Press Institute (MPI) kini sedang melalui proses penilaian pusingan pertama.
Sebanyak 18 kategori dipertandingkan bagi edisi HKM 2020 berbanding 20 kategori pada edisi tahun sebelumnya. Dua kategori yang dimansuhkan adalah Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang dan Kartun Editorial Terbaik.
Semua penyertaan yang diterima adalah karya-karya kewartawanan yang diterbitkan dan disiarkan di pertubuhan media masing-masing sepanjang tahun 2020.
HKM 2020 mencatatkan penurunan sebanyak 25% daripada 306 penyertaan HKM 2019.
Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang mendapat penyertaan tertinggi iaitu 39 penyertaan dan disusuli dengan 30 penyertaan Berita Video Terbaik.
MPI juga menerima satu pencalonan Anugerah Khas Juri dan dua pencalonan Tokoh Wartawan Negara.
Majlis penyampaian anugerah pada Malam Wartawan Malaysia bakal diadakan pada 18 Jun 2021 bertempat di Hotel Istana Kuala Lumpur.
Berikut adalah pecahan penyertaan mengikut kategori yang dipertandingkan:
Kategori | Bilangan Penyertaan |
---|---|
Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail | 12 |
Laporan Berita Cemerlang | 21 |
Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang | 7 |
Penulisan Rencana Cemerlang | 23 |
Penulisan Kolum/ Rencana Pengarang Cemerlang | 13 |
Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang- PETRONAS | 13 |
Kewartawanan Multimedia Cemerlang | 5 |
Kewartawanan Foto Cemerlang | 39 |
Foto Esei Cemerlang | 18 |
Berita Video Terbaik | 30 |
Dokumentari Video Terbaik | 15 |
Infografik Terbaik | 12 |
Desain Halaman Pertama Terbaik | 9 |
Laporan Radio Terbaik | 8 |
Anugerah Khas Juri | 1 |
Tokoh Wartawan Negara | 2 |
Tokoh Media Negara | 0 |
Jumlah | 225 |