46 wartawan berentap untuk rebut RM300,000.00
Seramai 46 orang wartawan akan berentap di peringkat akhir Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2014 untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM300,000.00 tajaan PETRONAS pada Malam Wartawan Malaysia 2015 anjuran Malaysian Press Institute (MPI) di Hotel Istana pada Isnin 8 Jun 2015.
Mereka adalah antara 413 pengamal media yang mengemukakan penyertaan masing-masing bagi HKM MPI-PETRONAS 2014.
26 orang daripada mereka mengemukakan penyertaan secara individu selebihnya mengemukakan penyertaan berpasukan – sama ada dua orang atau tiga orang.
Siapakah antara mereka yang akan diisytiharkan sebagai pemenang bagi 14 kategori yang ditawarkan dalam HKM MPI-PETRONAS hanya akan diketahui pada Malam Wartawan Malaysia 2015.
Hadiah kepada para pemenang akan disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang hadir sebagai tetamu kehormat majlis gilang gemilang itu.
Hampir 900 tetamu dijangka memeriahkan Malam Wartawan Malaysia 2015.
Malam Wartawan Malaysia pertama kali diadakan pada 1981 untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang HKM.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, tetamu kehormat Malam Wartawan Malaysia 2015 pada 8 Jun 2015. Beliau akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang HKM MPI PETRONAS 2014.
Mendominasi peringkat akhir HKM MPI-PETRONAS edisi 2014 adalah wartawan akhbar New Straits Times seramai 7 orang; diikuti oleh akhbar BH 6 orang dan akhbar The Star 6 orang. Utusan Malaysia akan diwakili oleh empat orang wartawan manakala New Sunday Times dua orang dan Bernama tiga orang.
Mingguan Malaysia, Harian Metro, Kosmo! dan majalah Dewan Masyarakat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka turut tersenarai pada peringkat akhir.
Bagi kategori berita dan dokumentari video/televisyen pula 7 orang wartawan siaran dan pasangan mereka yang terdiri daripada jurukamera layak ke peringkat akhir HKM MPI-PETRONAS 2014.
TV3 diwakili oleh 8 orang (termasuk seorang calon Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail); diikuti oleh RTM 3 orang (termasuk seorang anugerah khas) dan TV9 dua orang.
Tiga orang wartawan berpengalaman pula akan bersaing untuk Anugerah Khas yang diberi untuk mengiktiraf sumbangan, komitmen dan kecemerlangan berterusan dalam memartabatkan kewartawanan menerusi karya masing-masing.
Penyertaan terbaik HKM MPI-PETRONAS 2014 akan dinobatkan sebagai Penerima Hadiah Kajai dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000.00.
Pemenang bagi setiap kategori pula menerima RM15,000.00.
Jumlah itu akan diagihkan sama rata sekiranya karya yang menang dihasilkan secara berpasukan.
Pecahan wartawan yang layak ke pusingan akhir HKM MPI-PETRONAS mengikut kategori dan organisasi yang diwakili adalah seperti berikut:
Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail
Nama | Organisasi | Individu/Berpasukan |
Brenda Ch’ng Ai Hwa | The Star | Individu |
Tharanya Arumugam | New Straits Times | Individu |
Siti Khadijah Jaafar | TV3 | Individu |
Kewartawanan Perkhidmatan Awam Cemerlang
Nama | Organisasi | Individu/berpasukan |
Yip Yoke Teng | The Star | Individu |
Sakini Mohd Said | Bernama | Individu |
Azrul Afandy Sobry dan Wan Nor Hayati Wan Alias | BH | Berpasukan – dua orang |
Laporan Berita Cemerlang
Bavani Mahalingam | The Star | Individu |
Wan Noor Hayati Wan Alias | BH | Individu |
Azrai Mohammad | Utusan Malaysia | Individu |
Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang
Wan Noor Hayati Wan Alias | BH | Individu |
Siti Rohaizah ZainalZulkiflee Abu Bakar |
Mohd Shariza AbdullahUtusan MalaysiaBerpasukan – tiga orangTharanya ArumugamZalfira Syamin Anwar
Hani Shamira ShahrudinNew Straits TimesBerpasukan – tiga orang
Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang
Arman Ahmad | New Sunday Times | Individu |
Syed Azwan Syed Ali | BH | Individu |
Minarni Mat Saad | BH | Individu |
Penulisan Rencana Cemerlang
Aninah Janang | Dewan Masyarakat | Individu |
Mohd Aziz bin NgahZulhilmi bin Hat | BH | Berpasukan – dua orang |
Sakini Mohd SaidAli Imran Mohd Noordin | Bernama | Berpasukan – dua orang |
Penulisan Kolum/Ruangan Cemerlang
Haris Hussain | New Straits Times | Individu |
Azman Anuar | Mingguan Malaysia | Individu |
Philip Golingai | The Star | Individu |
Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang – Petronas
Haris HussainFarrah Naz Karim |
Aliza Shah Muhammad ShahNew Straits TimesBerpasukan – tiga orangHamidah AtanFarrah Naz KarimNew Straits TimesBerpasukan – dua orangSheila Sri Priya A/P Raman ChettyThe StarIndividu
Kewartawanan Foto Cemerlang
Azman Firdaus Azizan | Bernama | Individu |
Khairull Azry Bidin | Harian Metro | Individu |
Ahmad Izzrafiq Alias | The Star | Individu |
Esei Foto Cemerlang
Mohd Amir Hafiz Abd Rahman | Kosmo! | Individu |
Mohd Aizuddin Akmal bin Said | New Sunday Times | Individu |
Osman Adnan | New Straits Times | Individu |
Berita Video/TV Cemerlang
Mohd Harris Hazri bin Abdul Halim dan jurukamera | TV3 | Berpasukan – dua orang |
Ahmad Farith bin Zahir dan jurukamera | TV9 | Berpasukan – dua orang |
Mohd Solmi Ahmad Sofi dan jurukamera | TV1 | Berpasukan – dua orang |
Dokumentari Video/TV Cemerlang
Rapitah Bt. Sulaiman dan jurukamera | TV1 | Berpasukan – dua orang |
Nur Wannah Kiramli dan jurukamera | TV3 | Berpasukan – dua orang |
Mohd Said bin Abdullah ThaniAhmad Syazwan Syuwari bin Nordin dan jurukamera | TV3 | Berpasukan – tiga orang |
Anugerah Khas
Rosli Mohd Nordin | TV1 | Individu |
Datuk Seri Azman Ujang | TheSun | Individu |
James Sardahthisa | Daily Express | Individu |
Bilangan wartawan mengikut organisasi berita: kewartawanan cetak
Organisasi | Jumlah |
New Straits Times | 7 |
The Star | 6 |
BH | 6 |
Utusan Malaysia | 4 |
Bernama | 3 |
New Sunday Times | 2 |
Mingguan Malaysia | 1 |
Harian Metro | 1 |
Kosmo! | 1 |
Dewan Masyarakat | 1 |
Daily Express | 1 |
TheSun | 1 |
Jumlah Besar | 34 |
Bilangan wartawan mengikut organisasi berita: TV
Organisasi | Jumlah |
TV3 | 7 |
TV1 | 3 |
TV9 | 2 |
Jumlah Besar | 12 |