MPI raikan Ahli Majlis Pentadbir

Bagi menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan dan khidmat bakti Tuan Syed Agil Syed Jaafar selaku Ahli Majlis Pentadbir mewakili Kumpulan Utusan selama tiga tahun bermula 2012 – 2015, satu majlis ringkas meraikan persaraan beliau telah diadakan.

Pada 3 Februari 2016, majlis makan tengahari bersama Tuan Syed Agil Syed Jaafar diadakan bertempat di Restauran Muhibbah Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Ahli Majlis Pentadbir MPI iaitu Encik Ainol Amriz Ismail, Pengurus Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan; Encik Mohd Azri Atan, Pengurus Jabatan Editorial Berita dan Ehwal Semasa TV3; dan Puan Sri Diah Shaharuddin, Pengurus Besar Grup Buku Kumpulan Karangkraf sama-sama hadir menjayakan majlis tersebut.

Turut sama hadir meraikan YM Tengku Mahani Tengku Mukhtar pasangan kepada Tuan Syed Agil, Puan Sharifah Zaharah Syed Jaafar kekanda Tuan Syed Agil, YBhg Dato’ Baharom Mahusin, Pengarang KOSMO!; Puan Norlida Jamain, Pengurus Kanan Operasi dan Korporat MPI; dan Encik Salman Husni Abdollah, Eksekutif Anugerah Kewartawanan dan IT.

Penghargaan itu dizahirkan oleh YBhg Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif mewakili MPI dan rakan-rakan dalam Ahli Majlis Pentadbir merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh Tuan Syed Agil sepanjang penglibatan beliau dalam membantu menjayakan program-program anjuran MPI.

Pada majlis itu, Datuk Dr. Chamil menyampaikan sijil penghargaan kepada beliau dan sepersalinan baju melayu turut dihadiahkan sebagai tanda kenangan dan penghargaan MPI.

Dalam ucapan ringkas Tuan Syed Agil merakamkan penghargaan beliau kepada Datuk Dr. Chamil, rakan-rakan dan MPI kerana sudi menganjurkan majlis penghargaan buatnya. Beliau juga memuji di bawah kepimpinan YBhg Datuk Dr. Chamil, MPI telah berada dalam kedudukan yang mantap dengan perubahan-perubahan dan perancangan yang telah diatur dan berharap agar MPI bergiat aktif dalam penganjuran program-program kewartawanan di masa depan.

Untuk makluman, Kumpulan Utusan akan diwakili oleh Pengurus Jabatan Pengarangnya sebagai Ahli Majlis Pentadbir MPI dan wakilnya akan bertukar sekiranya berlaku perubahan struktur dalam organisasi atau bersara.

Tuan Syed Agil Syed Jaafar, telah bersara daripada Kumpulan Utusan berkuatkuasa 31 Disember 2015 dan jawatannya kini disandang oleh Encik Ainol Amriz Ismail. Oleh itu secara automatik Encik Ainol akan menjadi Ahli Majlis Pentadbir MPI mewakili organisasinya

 

Rakaman gambar-gambar :

IMG_6375 (1280x853)Santai… Dari kiri, Datuk Dr. Chamil, Tuan Syed Agil dan Encik Salman Husni berbual mesra sebelum majlis bermula.

 

IMG_6381 (1280x853)Tuan Syed Agil (kanan sekali) gembira berjumpa rakan-rakan ahli majlis pentadbir yang hadir antaranya Encik Mohd Azri Atan (berbaju kemeja biru), Encik Ainol Amriz (tengah, menghadap kamera) dan Puan Sri Diah Shaharuddin. Turut hadir Puan Norlida Jamain (kiri sekali).

 

IMG_6374 (1280x853)Tuan Syed Agil menyatakan sesuatu kepada Datuk Dr. Chamil.

 IMG_6388 (1280x853)

Hadir sama meraikan.. dari kanan YM Tengku Mahani (bertudung hitam) dan Dato’ Baharom Mahusin.

 

IMG_6395 (1280x853)

Datuk Dr. Chamil menyampaikan sijil penghargaan kepada Tuan Syed Agil atas sumbangan khidmat beliau sebagai Ahli Majlis Pentadbir MPI.

 

IMG_6402 (1280x853)Datuk Dr. Chamil turut menyampaikan cenderahati kepada Tuan Syed Agil.

 

IMG_6415 (1280x853)

Terima kasih dan selamat maju jaya!

Dari kanan, baris pertama Datuk Dr. Chamil Wariya, YM Tengku Mahani Tengku Mukhtar, Tuan Syed Agil, Dato’ Baharom Mahusin, Puan Sri Diah Shaharuddin, Puan Sharifah Zaharah Syed Jaafar, Encik Ainol Amriz, Encik Mohd Azri dan Puan Norlida bergambar kenangan sejurus majlis selesai.

 IMG_6435 (1280x854)Encik Ainol Amriz Ismail, Ahli Majlis Pentadbir baharu yang menggantikan Tuan Syed Agil Syed Jaafar yang bersara daripada Kumpulan Utusan. Encik Ainol Amriz menyandang jawatan sebagai Pengurus Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan.