Pilihan tepat – Pandangan Dr. Mohd Safar Hasim tentang lokasi baharu premis MPI
“Lokasi premis ini cukup menarik, bangunan Radius Complex berbentuk moden dengan rekabentuknya ada state of the art.”
“Bangunan-bangunan berhampiran juga berbentuk moden seperti Universiti Islam Malaysia (UIM), UNDP dan sebagainya. Ambiance lokasi juga cukup cantik dan dengan sendirinya meningkatkan prestij MPI.” Itu antara laporan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI, Dr. Mohd Safar Hasim yang mengikuti tinjauan ke premis baru MPI di Cyberjaya pada 19 September lalu.
Tambah beliau “walau pun pada masa lawatan premis berstatus separuh siap namun ruangnya cukup untuk kegunaan sekarang. Premis yang dipilih adalah di tingkat 3 terletak sebelah menyebelah. Oleh kerana kedudukan premis MPI yang berhampiran dengan UIM yang mempunyai kemudahan bilik seminar yang besar dan sesuai dijadikan venu penganjuran seminar atau persidangan dapat dimanfaatkan oleh MPI dengan menyewanya.”
Antara kemudahan awam disediakan seperti restoran, kedai-kedai dan pengangkutan awam juga berdekatan.
Dr. Safar yakin bahawa pembelian premis ini merupakan satu pilihan yang tepat. Ini kerana Cyberjaya adalah sebuah bandar moden yang sedang membangun dengan cepat dan nilai hartanahnya juga akan terus meningkat. Jika premis perlu dijual pada masa akan datang, dari segi pelaburan ianya memberi pulangan lumayan.
Beliau juga menyarankan MPI sebagai sebuah yayasan yang tidak berorientasikan keuntungan perlu mengatur satu pertemuan dengan Tan Sri Mustapha Kamal seperti yang telah disebut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya dan perlu dipercepatkan. Pertemuan itu diharapkan dapat mengurangkan lagi harga pembelian selain memohon bantuan kos pengubahsuaian premis MPI.
Rangkuman gambar-gambar semasa tinjauan :
1. Blok C dimana 2 buah unit ruang pejabat yang bakal dibeli
3. Gambar 2 unit yang akan dibeli oleh MPI di tingkat 3 (paling atas). Nombor unit ialah C2-3 dan C3-3
4. Gambar salah satu unit yang akan dibeli oleh MPI dengan keluasan 1692 kaki persegi seunit atau 3384 kaki persegi untuk dua unit
5. Rombongan MPI bergambar kenangan dalam salah satu unit yang akan dibeli. Dari kiri : : Mohd Zaki Ismail (Eksekutif Kanan Pemasaran, Emkay Group) Norlida Jamain, Datuk Dr. Chamil Wariya, Dr. Mohd Safar Hasim dan Tuan Haji Yusof Zakaria (Pengurus Kanan Operasi, Emkay Group).
6. Bergambar di hadapan Blok C Radius Cyberjaya di mana terletaknya 2 unit ruang pejabat tersebut. Ruang pejabat ini dijangka siap pada bulan Julai 2017 dan majlis penyerahan kunci dijadualkan pada bulan Oktober 2017.