MPI mula terima penyertaan HKM 2016

Salam sejahtera YBhg Datuk/Tuan/Puan,

Bahang penganjuran Hadiah Kewartawanan Malaysia 2016 kian terasa apabila MPI sudah mula menerima penyertaan HKM 2016 dari beberapa organisasi media. Antara yng terawal mengemukakan karya untuk penilaian ialah Focus Malaysia, Astro Digital Publication, BERNAMA, SelangorFm dan See Hua Daily.

Sebanyak 19 kategori dipertandingkan dan mulai HKM 2016, maka satu kategori baharu iaitu Tokoh Media Negara diperkenalkan menjadikan jumlah keseluruhan ialah 20 kategori.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang dijangka diadakan sebelum pertengahan 2017.

MPI menasihatkan pengamal media supaya jangan berlengah untuk mengemukakan penyertaan masing-masing.

Tarikh tutup penyertaan HKM 2016:

1. Bagi karya-karya yang disiarkan mulai 1 Januari – 31 Oktober 2016 adalah pada 15 Disember 2016.

2. Bagi karya-karya disiarkan dari 1 November – 31 Disember 2016 adalah pada 15 Januari 2017.

Bersama-sama ini turut dilampirkan Kenyataan MPI tersebut untuk tindakan dan perhatian pihak YBhg Datuk/Tuan/Puan. LIHAT SINI

Maklumat lanjut mengenai borang penyertaan dan syarat penyertaan HKM 2016 boleh dilihat disini.

Sekian, terima kasih.

Tags :