77 penyertaan karya 121 wartawan mara ke pusingan kedua HKM MPI Petronas 2015
KENYATAAN MEDIA
77 daripada 438 penyertaan yang dikemukakan untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI Petronas 2015 layak untuk penilaian pusingan kedua dan seterusnya nanti ke pusingan akhir untuk dipilih sebagai pemenang dan penerima sagu hati anugerah kewartawanan itu.
Karya-karya kewartawanan yang terpilih itu merupakan lima kelompok tertinggi dari segi pemarkahan bagi 18 kategori yang disertai pada penghakiman peringkat pertama.
77 karya itu adalah buah tangan 121 orang wartawan yang mewakili 27 organisasi media Malaysia. Bilangan wartawan melebihi bilangan karya kerana sebilangan karya dihasilkan oleh kerja berkumpulan sehingga 10 orang wartawan.
Penghakiman peringkat kedua kini sedang berlangsung. Penghakiman peringkat akhir dijadualkan disempurnakan minggu depan. Kerja-kerja penilaian dilaksanakan oleh sebuah panel juri yang diketuai oleh mantan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong. Panel hakim pula terdiri daripada para wartawan veteran yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi media dan ahli akademik dalam bidang kewartawanan, media dan komunikasi.
Tiga karya bagi setiap kategori yang menerima markah tertinggi pada penilaian pusingan kedua layak ke pusingan akhir.
Karya yang mendapat markah tertinggi pada pusingan akhir pula akan diisytiharkan sebagai pemenang bagi kategori masing-masing manakala tempat kedua dan ketiga akan menerima hadiah sagu hati.
Pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, sebuah trofi eksklusif bernilai RM1,000 dan sijil. Pemenang sagu hati pula menerima RM1,000 dan sijil.
Karya terbaik pada peringkat akhir akan diangkat sebagai pemenang Hadiah Kajai yang menawarkan ganjaran wang tunai RM30,000, sebuah trofi dan sijil.
Hadiah kepada para pemenang akan disampaikan pada Malam Wartawan Malaysia 2016 yang akan diadakan pada 20 Mei 2016 jam 8 malam.
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menjadi tetamu kehormat malam itu.
Selain Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid dan Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, enam orang ketua pegawai eksekutif organisasi media akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang HKM 2015.
Senarai lima tertinggi ke pusingan kedua adalah seperti berikut:
Kategori Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Muhammad Mustakim Ramli |
Berita Harian |
Pengemis mewah di Ibu Kota Seram Sejuk bermalam di bilik mayat Suara syahdu “Famili” Rumah Pengasih |
Ushar Prakash Kaur Danielle
|
Malay Mail |
Blood on parent’s hands A jewel forgotten Impending death certificate |
Tharanya Arumugam |
New Straits Times |
A plateful of plunder snuffing out smoking among teens and youths controlling spread of contagious diseases |
Mohammed Shahril Sarapudin |
RTM |
Kren Tumbang di Masjidil Haram Mangsa Kren Tumbang di Mekah Liputan Haji 2015 |
Nur Wanah Kiramli |
TV3 |
Dari Jalanan ke Pentas Juara Suria Baharu di Turki Luka-luka Kinabalu |
Kategori Laporan Berita Cemerlang
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Syed Azwan Syed Ali Azrul Affandi Sobry Nik Mohammad Sukry Ramli Nahar Tajri Mohd Nasaruddin Parzi Muhammad Mustakim Ramli Fairuz Zaidan Adha Ghazali Suzalina Mohamad Halid Shamsul Kamal Amarudin |
Berita Harian |
Terima Kasih Masih Ingat Kami Suntik Semangat Patriotisme Sabri Umpama Wira Tidak Didendang Kami Tembak 5 hingga 6 Minit |
Muhd Izawan Baharin Amir Abd Hamid Yusmizal Dolah Aling Rizanizam Abdul Hamid |
Harian Metro |
Beras ST15 |
Tharanya Arumugam Zafira Anwar
|
New Straits Times |
Dailling in Millions |
Mohd Abdul Illah Hafiz Abdul Aziz |
Utusan Malaysia |
Penipuan African Hackers serang ribuan syarikat di Malaysia Pendedahan kemasukan migran Bangladesh melalui Indonesia Pemakaian Peranti Pemantauan Elektronik (EMP) pertama di Malaysia
|
Mohd Khuzairi Ismail Mohd Firdaus Ismail Nur Azhari Zainooddin |
Utusan Malaysia |
Isu Kampung Melayu di Pulau Pinang |
Kategori Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Azrul Affandi Sobry Nahar Tajri |
Berita Harian |
40 minit bolos sempadan Sempadan tiada pagar lokasi popular Lima sindiket kuasai Bukit Kayu Hitam |
Syed Azwan Syed Ali |
Berita Harian |
Warga asing bolot kerja kapal Lambakan akhbar asing cetus kebimbangan Kawalan maritime kita longgar |
Wan Noor Hayati Wan Alias |
Berita Harian |
Penyangak siber intip maklumat kita Tukang urut kuasai Bukit Bintang |
Arulldas a/l Sinnappan Muhammad Sayuti Zainudin |
Malay Mail |
Migrant “prison camp” uncovered Our expose’ sparks search for mass graves Perlis killing field |
Zulkiflee Bakar Mohd Radzi Mohd Zin Mohd Abdul Illah Hafiz Abdul Aziz Lilis Suriani Omar Norazrin Marzuki Mohamad Hafiz Yusoff Bakri |
Utusan Malaysia |
Tarekat baharu ancam umat Islam Sempadan negara terus dibolosi Rumah kongsi lubuk jenayah |
Kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Noor Soraya Mohammad Jamal |
BERNAMA |
ASEAN leaders must not let-up resolve in run-up to AEC ASEAN, an economic bloc to be reckoned with AEC marks new chapter for ASEAN as a dynamic economic entity |
Syed Azwan Syed Ali |
Berita Harian |
Pertaruh nayawa cari bekalan makanan Pelarian hidup tagih simpati dunia Kem Yarmouk terperangkap dalam kepungan |
Mohd Iskandar Ibrahim |
Berita Harian |
Rawat 6,000 mangsa gempa Enam pakar bantu doktor tempatan Remaja hilang tangan, adik |
James Sarda |
Daily Express |
Order returns to paradise Two game-changers emerge within a generation My coups were necessary evil |
Rozaman Ismail |
Utusan Malaysia |
Dentuman kuat seperti dibom Mangsa saksi kren tumbang depan mata Jemaah reda 2 tragedi |
Kategori Penulisan Rencana Cemerlang
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Mohd Afiq Bin Zulkifli |
BERNAMA |
Penjajah tertipu, Tok Janggut tidak terkorban Kisah di sebalik kubur Tok Janggut Sejarah Tok Janggut perlu dikaji semula |
Azran bin Md. Jaffar |
Berita Harian |
Masyarakat Palaau jauh dari pembangunan Hidup terasing, tak bergaul jadikan Delia pemalu Laut nyawa kami |
Doreen Leong |
Focus Malaysia |
Charting MAS’ right path Mulling their next move Is there over-regulation in audit? |
Ho Choon Ping |
Sin Chew Daily |
Bad condition in Baram Heart Treasures, a social enterprise Nepal relief |
Roy Anthony Goh Suzanna Pillay Audrey Vijaindren Ili Liyana Mokhtar Kalbana Perimbanayagam |
New Straits Times |
When education takes a back seat Respect their culture For the Orang Asli, by the Orang Asli |
Kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Haresh Deol |
Malay Mail |
Languange is The Soul of The People Thank You, Malaysia Fix Pesaka’s Identity Crisis |
Leslie Andres |
New Straits Times |
Enforcement Officers, Too, to Blame for Death Camps Who is Watching the Guards The Perlis of Treating Sexual Harassment As the Norm |
A. Jalil Hamid |
New Straits Times |
Changing Police Culture form “Might is Right” to “Right is Right” The Heavy Price of Haze Sos for Woeful Taxi Industry |
Phyllis Wong |
The Borneo Post |
CM for All Living on the Moon Let These Be Light |
Philip Golingai |
The Star |
Why Bernard Then Was Beheaded Ring, ring, ring and the dread it Brings Torn Between the Negotiators |
Kategori Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang PETRONAS
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Kurniawati Kamarudin |
BERNAMA |
Menghidupkan kembali sungai yang menjadi nadi Kuala Lumpur Hilangnya kejernihan Sungai Tembeling Ikan Loma mungkin pupus kerana tangkapan berlebihan |
Sakini Mohd Said |
BERNAMA |
Pengurusan Sisa Pepejal Baharu: Adakah kita sudah bersedia? Dilema Taman Laut Negara Burung Kuang, khazanah negara yang kian pupus |
Farrah Naz Karim Aliza Shah |
New Straits Times |
Danger confirmed Radiation Poisoning Pahang steps up monitoring after NST’s bauxite expose |
Oh Ing Yeen |
The Star |
MPSJ’s green success High-rise concerns Encouraging a green and clean Ramadhan |
Laupa Junus |
Utusan Malaysia |
Selesaikan konflik gajah Restorasi Karang dan Taman Laut Biak baka kuda laut |
Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Mohd Khairul Fikiri Osman |
BERNAMA |
Kasih ibu membawa ke syurga |
Zulkarnain Kamaruddin |
BERNAMA |
Anak orang asli ditemui |
Izhari Ariffin |
Harian Metro |
Anak bawah pokok |
Tan Ee Long |
Nanyang Siang Pau |
Mana makanan? |
Ezairi Shamsudin |
New Straits Times |
Kite Craze |
Kategori Foto Esei Cemerlang
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Muhammad Shahir Omar |
Astro Awani |
The greatest gift this Father’s Day – An everlasting love and sacrifice |
Azman Firdaus Azizan |
BERNAMA |
Kehidupan baru warga emas yang pernah tinggal di hutan |
Muhamad Fathil Asri |
Harian Metro |
Duka diuji bencana |
Lek Kah Meng |
Sin Chew Daily |
The Weeping Mangrove |
Azhar Mahfof |
The Star |
Lives in Limbo |
Kategori Berita Video Terbaik
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Muhamad Helmi Abd Majid |
NTV7 |
Imbak tunggu “Pewaris” Tempatan & “Penunggu” Gerbang Imbak |
Salina Zakaria Mohd Rodzee Hamzah |
TV3 |
Hospital Fuda Kanser (rawatan Cyro-Surgery) |
Ahmad Fazli Ahmad Gunasegaran Nandancumaran |
TV3 |
Bauksit Kuantan |
Mohd Faiz Aizat Azali Razak Ibrahim |
TV3 |
Lorong “Tikus” sempadan Malaysia – Thailand |
Siti Khadijah Jaafar Mohd Azalie Mohd Ayub |
TV3 |
Ubat Kebas |
Kategori Dokumentari Video Terbaik
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Izwan bin Mohd. Mokhtar |
RTM |
Konservasi Gajah |
Rapitah bt Sulaiman Nurhisyam bin Ismail |
RTM |
Khazanah Terindah Warisan Dunia |
Khairil Amri Tajuddin |
TV ALHijrah |
Pelarian Syria” Kita ada untuk mereka” |
Irin Putri Azmi |
TV3 |
Deruman Gempita |
Nur Wanah binti Kiramli |
TV3 |
Suria Baharu di Turki |
Kategori Infografik Terbaik
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Syahrull Sidek |
Berita Harian |
Gempa Sabah |
Suraya Mahmud @ Roslan Norsalim Mohamed Dawam |
Harian Metro |
Air bersih musim bah: Jentera proses air untuk terus diminum |
Khairil Shahriman Maarup Norsalim Mohamed Dawam Mohd Fahmy Mohd Hashim Zulfadhli Kamaruddin Mohd Saufi Hassan Yusrizal Dolah Aling |
Harian Metro |
Nasib Khalida: Derita warga Rohingya diusir dari negara sendiri |
Mohd Azam Shah Yaacob Norsalim Mohamed Dawam |
Harian Metro |
Kelunakan alunan petikan gambus |
Noor Aziah Hamzah |
New Straits Times |
Among the wild animals on sale on the black market |
Kategori Desain Halaman Pertama Terbaik
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Muhammad Shahrul Nizam Manshor |
Berita Harian |
20 sebab Anwar bersalah |
Zaharudin Mohamad |
KOSMO! |
Pembunuhan beramai-ramai di Paris gemparkan dunia |
Ahmad Suhairy Shuib |
New Straits Times |
21 |
Zainudin Haron |
Sinar Harian |
Apa kita dapat – Bajet 2016 mensejahterakan kehidupan rakyat |
Tung Eng Hwa |
The Star |
More money to spend |
Kategori Laporan Portal Berita Terbaik
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Mariah Ahmad |
Astro Awani |
Gempa Nepal:Warga Emas Panjat Gunung untuk Ucap Terima kasih Satu jam berpelukan dalam wad bersalin untuk lindungi isteri ketika gempa Bayi Pramatang 1.2kg selamat harungi gempa tanpa bantuan incubator |
Chiang Hee Tze Pang Sing Ying |
BERNAMA |
Jalan berliku seorang pelajar melayu di Sekolah Cina Faham Bahasa antara satu sama lain untuk mengurangkan prasangka Pemuda Melayu main lagu raya dengan alat muzik tradisi bilang kaum |
Soon Li Wei |
BERNAMA |
Kenali adat resam masyarakat Cina melalui “Petaling Street” Ali, Muthu & Ah Hock bawa rasa 1Malaysia Teachers go the extra mile for homeless kids |
Izrayatul Maizura Abd Rahman |
MStar |
Cabaran Trail Ranau “dibayar” dengan panorama memukau Ritual monolog sebelum trail Kinabalu dibuka Cabaran, gangguan di sebalik pembinaan Trail baharu
|
Khizairi bin Khizan |
MySuara.Net |
UMNO masih ada masa untuk ulangi kelemahan Pakatan Harapan : Ketidakpastian Landskap baru pembangkang Nik Nazmi, Kerusi kosong dan Masa Depan AMK |
Kategori Laporan Radio Terbaik
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Ahmad Syukri Azmi |
BERNAMA Radio |
Di sebalik tirai besi |
Muhammad Isa Ahmad Zubir |
BERNAMA Radio |
Neraka buat Rohingya |
Nik Hasnah Ismail |
IKIMfm |
Ajaran tarekat : Ramai yang tersesat? |
Juhaiza Laili Hamzah Shah Rahimin Rosle Rita Sanidar Said |
Sinar FM |
Sinar FM laporan Khas Bajet 2016 |
Thanalechmy Gurunathan Sauriyammal Rayappan |
THR Raaga |
Raaga General & Sports News |
Kategori Kartun Editorial Terbaik
Nama | Organisasi Media | Tajuk |
Kamarul Khazim Hj Sulaiman | KOSMO! | Turunkan harga barang
Desak kira semula Kaji haramkan vape Caj perkhidmatan restoren Harga ikan naik |
Norkamaro Mohd Noor | Utusan Malaysia | Vape Haram
Jerebu & Dosa Jerebu & Balas Dendam Pergaduhan jadi viral Rokok & Vape |
Dikeluarkan pada :
12 Mei 2016