8 peserta ikuti bengkel effective writing MPI
Seramai lapan pegawai perhubungan media dari empat syarikat korporat iaitu Open University Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan juga Petronas mengikuti Bengkel Effective Writing yang telah dianjurkan oleh Malaysian Press Institute (MPI).
Bengkel tersebut telah berlangsung pada 18 dan 19 December 2017 di Holiday Villa Hotel & Conference Centre Subang.
Sesi pertama – Cik BK Sidhu menerangkan kepada para peserta perlunya menggunakan Bahasa Inggeris menurut kata kerja yang betul dan perancangan siaran media yang berkesan.
Hari seterusnya, pengajar menyampaikan ceramah ‘pengurusan krisis’ dan memberi latihan-latihan, contoh siaran akhbar yang baik dan sebaliknya. Banyak latihan menulis kenyataan akhbar diadakan bagi melihat dan melengkapkan keberkesanan kemahiran yang telah diajar kepada peserta.