MPI release
800 TETAMU MERIAHKAN MWM 2023

800 TETAMU MERIAHKAN MWM 2023

Anugerah kewartawanan berprestij MPI, Malam Wartawan Malaysia 2023 (MWM23) telah berlangsung dengan penuh gemilang pada 9 Jun 2023 di Hotel The Majestic Kuala Lumpur menampilkan Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Tetamu Kehormat. Selain menyampaikan ucapan dan hadiah kepada pemenang utama, beliau turut melancarkan buku baharu terbitan MPI berjudul Media Business and Entrepreneurship in Malaysia: A Snapshot & The MPI Journey 56 years and Counting.

Majlis yang dihadiri seramai lebih kurang 800 orang tetamu terdiri daripada ketua-ketua pegawai eksekutif, ketua pengarang, pengarang kumpulan serta para wartawan media di alam nyata dan alam maya, para ahli akademik bidang media, kewartawanan dan komunikasi, wakil-wakil kementerian dan sahabat-sahabat korporat MPI telah hadir memeriahkan majlis tersebut.

45 karya yang dihasilkan secara individu atau berkumpulan telah diangkat sebagai pemenang – pemenang emas, pemenang perak dan pemenang gangsa. Pemenang emas menerima hadiah wang tunai RM10 ribu, pemenang perak RM1500 dan pemenang gangsa, RM1000. Karya terbaik pula diangkat sebagai Hadiah Kajai dan membawa pulang RM30,000.

MPI mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang HKM MPI-PETRONAS 2022 dan setinggi-tinggi penghargaan kepada 51 entiti yang tampil menghulurkan sumbangan dan tajaan masing-masing bagi menjayakan MWM 2023.

Rangkuman gambar-gambar majlis MWM23:

Antara tetamu hadir mendaftarkan diri di Meja Pendaftaran sebelum memasuki dewan.
Sesi foto bersama Tetamu Kehormat, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum memasuki Ballroom.
Tetamu berdiri tegak tanda hormat apabila lagu Negaraku dimainkan pada pembukaan Majlis Wartawan Malaysia 2023 di Hotel The Majestic Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya yang juga Pengerusi Malam Wartawan Malaysia 2023 menyampaikan ucapan alu-aluannya.
PMX, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Tetamu Kehormat ketika menyampaikan Ucaptama beliau pada Malam Wartawan Malaysia 2023.
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menurunkan tandatangan beliau sebagai simbolik kepada pelancaran buku MPI yang berjudul Media Business and Entrepreneurship in Malaysia: A Snapshot & The MPI Journey 56 years and Counting
Persembahan oleh Haziq Rosebi yang sangat sinonim dengan lagu-lagu tradisional
Mohamad Sany Misnan dari Utusan Malaysia menerima hadiah bagi Kategori Infografik Terbaik
Tung Eng Hwa dari Majoriti7 memenangi Kategori Desain Halaman Pertama Terbaik 
Mohamed Sairien Mohamed Nafis dari The Vibes memenangi Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang
Mohd Adzlan Mat Sidek dari Malaysia Gazette yang memenangi Kategori Esei Foto Cemerlang menerima trofi daripada Encik Brian Martin, Pemegang Amanah MPI
Nurul Isnaini Mohd Muslim dari BERNAMA memenangi Kategori Penulisan Rencana Cemerlang
Dua pemenang Emas bagi Kategori Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail – Cetak & TV, Sandhya Menon dari The Star diwakili oleh Christina Chin (atas) dan Andy Reza Rohadian Khairul Anwar dari RTM menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5,000.00 setiap seorang, trofi serta sijil
Kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang Cemerlang dimenangi oleh Martin Prasad Vengadesan dari Malaysiakini
Kategori Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang milik Aliza Shah Muhammad Shah dari The Star
Macaranga, Portal Alam Sekitar ungguli Kategori Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang – PETRONAS menerusi Wong Siew Lyn, Law Yao Hua dan rakan-rakan
Pemenang Emas bagi Kategori Dokumentari Video Terbaik dimenangi oleh sekumpulan wartawan TV3, Christine Lee Mei Chin dan Mohd Zahril Abdullah
Kemuncak debaran HKM 2022 diredakan oleh persembahan Dayang Nurfaizah yang mendapat sambutan hangat dari tetamu yang hadir
Pasukan Malaysiakini yang diwakili oleh Lee Long Hui dan Ooi Choon Nam telah dinobatkan sebagai pemenang emas bagi kategori Kewartawanan Multimedia Cemerlang.
Rosdi Omang dari NasionalFM telah memenangi Kategori Laporan Radio Terbaik
Pasukan TV3, Juliana Sharin dan Mohd Jufri Mohd Judin telah dinobatkan sebagai pemenang Emas Kategori Berita Video Terbaik
Kategori Laporan Berita Cemerlang telah dimenangi oleh Farrah Naz Karim dari New Straits Times
Karya terbaik yang diangkat sebagai Hadiah Kajai dan membawa pulang RM30,000 telah dimenangi oleh Yusmizal Dolah Aling dari Harian Metro
James Alexander Ritchie telah diiktiraf sebagai Anugerah Khas kepada beliau yang diwakili oleh YBhg Dato Dr. Jeniri Amir, Ketua Pegawai Eksekutif New Sarawak Tribune
Pengarah Urusan The Borneo Post, YBhg Dato Henry Lau Lee Kong dipilih penerima Anugerah Tokoh Media
Sebagai penghargaan kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kesudian beliau hadir sebagai tetamu kehormat, MPI menghadiahkan cenderahati yang diabadikan nama beliau sebagai tetamu kehormat Malam Wartawan Malaysia 2023.
Para pemenang HKM 2022 bergambar bersama hadiah masing-masing pada majlis penutup Malam Wartawan Malaysia 2023