AGENSI KERAJAAN NEGERI SARAWAK IKUTI KURSUS ‘EFFECTIVE WRITING’

Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Leadership Institute of Sarawak Civil Service telah mengadakan kursus “Effective Writing” pada 18 – 19 Oktober 2016 di Riverside Majestic Hotel Kuching, Sarawak.

Kursus dua hari ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penulisan siaran media yang berkesan agar mendapat liputan dari pihak media. Peserta juga diajar bagaimana untuk menulis surat kepada editor, membuat laporan, brosur, risalah dan artikel untuk edaran penerbitan dan penyiaran.

Para peserta kursus terdiri daripada jurutera, penolong pengarah, penolong pegawai tadbir dan pegawai-pegawai di bawah agensi kerajaan negeri Sarawak, seramai 15 orang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penulisan siaran media ini.

Kursus dua hari ini dibahagi kepada dua topik. Pada hari pertama penceramah berkongsi pengalaman beliau bersama para peserta bagaimana untuk berurusan dengan media secara profesional dan produktif. Manakala pada hari kedua pula para peserta diajar bagaimana untuk menyediakan siaran media yang berkesan dan penceramah juga telah berkongsi tips-tips berguna dalam penyediaan siaran media tersebut. Beberapa latihan menulis individu dan berkumpulan telah diberikan bagi menilai keberkesanan kursus ini kepada peserta.

effectwrite-011. Penceramah berpengalaman, En T. Selva menerangkan betapa pentingnya hubungan baik antara pengamal perhubungan awam dan media.

effectwrite-02

2. Antara para peserta yang hadir selama dua hari berkursus.

effectwrite-033. Aktiviti menilai berita adalah antara slot yang diberi tekanan kerana ianya berhubung kait dengan cara menulis siaran media yang berkesan.  

effectwrite-044. Pembentangan salah salah satu kumpulan dalam slot “menilai berita”.  

effectwrite-055. Para peserta bergambar kenangan bersama penceramah pada hari terakhir kursus.