ANUGERAH
ANUGERAH KECEMERLANGAN MEDIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2024

ANUGERAH KECEMERLANGAN MEDIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2024

Sebagai usaha pengiktirafan kewartawanan negara dalam membentuk pembangunan & perumahan negara, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkerjasama dengan Malaysian Press Institute menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT (AKeMEDIA KPKT) buat kali kedua.

Terdapat lapan kategori dipertandingkan yang sesuai bagi pengamal media dari bidang media cetak, portal berita, media penyiaran televisyen, portal yang menyediakan konten video dalam talian, media penyiaran radio, fotografi, dan juga penyedia konten video media sosial.

Berikut kategori yang dipertandingkan:

KategoriHadiah
Anugerah Khas YBM KMRM 20,000 & Trofi & Sijil
Anugerah Penyiaran Televisyen TerbaikPertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil
Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil
Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil
Anugerah Video Portal / Dalam Talian TerbaikPertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil
Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil
Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil
Anugerah Penyiaran Radio TerbaikPertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil
Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil
Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil
Anugerah Penerbitan Artikel TerbaikPertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil
Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil
Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil
Anugerah Kewartawanan Foto TerbaikPertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil
Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil
Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil
Anugerah ‘Content’ Media Sosial TerbaikPertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil
Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil
Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil
Anugerah Video Popular/PilihanRM 3,000 & Trofi & Sijil

Penyertaan terbuka pada karya berbahasa Melayu, Inggeris, Cina, dan Tamil.

Tiada yuran penyertaan dikenakan & tiada had penyertaan.

Karya-karya yang berkait isu perumahan, kemakmuran komuniti bandar, pihak berkuasa tempatan, wira merah, kemampanan bandar, persekitaran hijau, pengurusan sisa pepejal, kredit komuniti, peranan dan polisi kementerian, serta agensi-agensi dibawah KPKT boleh dipertandingkan.

Karya-karya yang ingin dipertandingkan ke AKeMEDIA KPKT 2024 hendaklah diterbit atau disiar antara 11 September 2023 hingga 31 Ogos 2024.

Bolehlah terlebih dahulu lihat borang penyertaan serta syarat penyertaan pada pautan-pautan berikut :

Borang Penyertaan

Syarat Penyertaan

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkhidmat sebagai wartawan / pengamal media yang berkerja sepenuh masa, separuh masa, stringer, dan wartawan sambilan.

Tarikh tutup penyertaan adalah 16 September 2024. 

Tiada yuran penyertaan dikenakan & tiada had penyertaan.

Sebarang pertanyaan mengenai anugerah, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media, En. Salman, di alamat emel bukitledangmpi@yahoo.com .