ANUGERAH
ANUGERAH KEWARTAWANAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN & KERAJAAN TEMPATAN 2023

ANUGERAH KEWARTAWANAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN & KERAJAAN TEMPATAN 2023

Buat julung-julung kalinya, Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkerjasama dengan Malaysian Press Institute menganjurkan Anugerah Kewartawanan KPKT sebagai usaha mengiktiraf pengamal-pengamal media negara.

Terdapat sepuluh kategori dipertandingkan yang sesuai bagi pengamal media dari bidang media cetak & portal berita, media penyiaran televisyen & video dalam talian, media penyiaran radio, pembangunan web & multimedia, serta fotografi.

Berikut kategori yang dipertandingkan:

KategoriJenis Media
Anugerah Khas YBM KM
Anugerah Liputan Perumahan TerbaikTV & Video
Cetak & Portal
Anugerah Liputan PBT TerbaikTV & Video
Cetak & Portal
Anugerah Liputan Wira Merah TerbaikTV & Video
Cetak & Portal
Anugerah Liputan Kemampanan Bandar & Persekitaran Hijau TerbaikTV & Video
Cetak & Portal
Anugerah Liputan Pengurusan Sisa Pepejal TerbaikTV & Video
Cetak & Portal
Anugerah Liputan Kredit Komuniti TerbaikTV & Video
Cetak & Portal
Anugerah Liputan Radio TerbaikRadio
Anugerah Media Khas Liputan MultimediaPortal Berita
Anugerah Kewartawanan Foto CemerlangFotografi

Penyertaan terbuka pada karya berbahasa Melayu, Inggeris, Cina, dan Tamil.

Tiada yuran penyertaan dikenakan & tiada had penyertaan.

Karya-karya yang berkait isu perumahan, kemakmuran komuniti bandar, pihak berkuasa tempatan, wira merah, kemampanan bandar, persekitaran hijau, pengurusan sisa pepejal, kredit komuniti, peranan dan polisi kementerian, serta agensi-agensi dibawah KPKT boleh dipertandingkan. Karya-karya tersebut hendaklah diterbit atau disiar antara 1 Disember 2022 hingga 31 Ogos 2023.

Bolehlah terlebih dahulu lihat borang penyertaan serta syarat penyertaan pada pautan-pautan berikut :

Borang Penyertaan Anugerah Kewartawanan KPKT 2023

Syarat Penyertaan Anugerah Kewartawanan KPKT 2023

Penyertaan terbuka kepada warga Malaysia yang berkhidmat sebagai wartawan / pengamal media yang berkerja sepenuh masa, separuh masa, stringer, dan wartawan sambilan.

Tarikh tutup penyertaan adalah 5 September 2023. Tiada yuran penyertaan dikenakan.

Majlis penyampaian anugerah dijadualkan pada 3 November 2023.

Sebarang pertanyaan mengenai anugerah, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media, En. Salman, di alamat emel bukitledangmpi@yahoo.com .