ANUGERAH
Anugerah Media Agrobank 2024 dibuka!

Anugerah Media Agrobank 2024 dibuka!

Bagi menghargai karyawan-karyawan media yang tidak putus-putus melaporkan perkembangan dan pencapaian sektor pertanian yang memainkan peranan penting dalam pembekalan makanan negara, buat julung-julung kalinya Agrobank dan Malaysian Press Institute bekerjasama menganjur Anugerah Media Agrobank.

Terdapat empat kategori yang dipertandingkan iaitu:

  • Anugerah Media Cetak & Portal Berita
    • Berita
    • Rencana
  • Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian
    • Berita
    • Dokumentari
  • Anugerah Media Radio
  • Anugerah Sains & Teknologi Pertanian Rakan Tani Muda Agrobank

Sebanyak RM 60,000 wang hadiah menanti untuk dimenangi.

Karyawan media yang ingin mengetengahkan karya mengenai pertanian yang diterbit atau disiar antara 1 Januari 2023 hingga 15 April 2024, bolehlah terlebih dahulu lihat atau muat turun borang dan syarat penyertaan yang tertera berikut :

Borang Penyertaan

Syarat Penyertaan

Tarikh tutup penyertaan adalah 26 April 2024. Tiada yuran penyertaan dikenakan

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai anugerah, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media, En. Salman di talian 03 – 8689 2717 / 2718 atau emel ke bukitledangmpi@yahoo.com .