Anugerah Media CIDB Sempena Ulang Tahun KE-20 CIDB

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia bakal menanda sambutan ulang tahunnya ke 20 tahun ini dengan melancarkan penghargaan khas kepada para pengamal media melalui anugerah tahunan untuk menghargai sumbangan mereka di dalam penyampaian berita dan rencana mengenai industri pembinaan.

CIDB akan bekerjasama dengan Malaysian Press Institute (MPI) untuk menganjurkan Anugerah Penghargaan Media CIDB Sempena Malam Media Kementerian Kerja Raya 2015 dengan menawarkan jumlah wang hadiah RM30,000 untuk media cetak, media elektronik termasuk on-line, dan fotografi.

“Industri pembinaan negara  memerlukan sokongan dan kerjasama yang baik daripada pihak media ke arah meningkatkan prestasi industri ini ke tahap global.  Ini memerlukan peranan pihak media dalam menyebarluaskan topik-topik yang relevan dalam pembangunan industri seperti teknologi terkini, kelestarian dan juga pembangunan tenaga mahir,”  kata Ketua Eksekutif Dato Sri Ir Dr Judin Abdul Karim.

Anugerah itu akan berlangsung sempena Malam Media Kementerian Kerja Raya yang dirancangkan di tiga lokasi – Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching – dan acara kemuncak penyampaian kepada pemenang anugerah adalah pada bulan September 2015 di Kuala Lumpur.

Para pemenang dari Sabah dan Sarawak akan menerima anugerah masing-masing ketika berlangsungnya Malam Media KKR di kedua-dua negeri tersebut.

Anugerah itu dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu  Anugerah Media Cetak (Berita & Rencana) , Anugerah Media Elektronik & Online Broadcasting (Berita & Rencana) dan  Anugerah Fotografi .

Pemenang pertama setiap kategori akan menerima RM5,000 manakala pemenang kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM3,000 dan RM2,000.

Penyertaan dibuka kepada semua wartawan media arus perdana dan hasil bahan yang diterbitkan  daripada 1 Julai 2014 sehingga 30 Jun 2015.  Semua penyertaan harus diterima oleh MPI, selaku urusetia anugerah tersebut,  pada  15 Julai 2015. Berikut adalah pautan untuk muat turun, lihat ataupun simpan :

Borang Penyertaan
Kriteria & Kategori Pencalonan Bahan

 

Maklumat lanjut mengenai “Anugerah Penghargaan Media CIDB Sempena Malam Media KKR 2015” boleh didapati melalui (www.mpi.my) atau telefon (03 – 2095 2013/2014).

——————————————————————————————————————–

Mengenai CIDB

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) ditubuhkan menerusi Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520) bagi membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada professionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.

——————————————————————————————————————–

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Abdul Rakis Santa    Rakis@cidb.gov.my        03 – 40477018 / 016 – 3836754

Salman Husni Abdollah bukitledangmpi@yahoo.com        03 – 2095 2013 / 2095 2014