Anugerah Media Johor 2011 : 30 orang wartawan mendapat pengiktirafan

30 orang wartawan pelbagai organisasi media di Johor telah diberi pengiktirafan pada Malam Anugerah Media Johor 2011 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Danga Bay Johor Baharu pada malam 5 Disember 2011. Mereka yang dinobatkan sebagai pemenang terbaik bagi kategori yang disertai, menerima hadiah wang tunai RM2,000.00 manakala pemenang sagu hati pula RM500.00. 28 kategori telah dipertandingkan dalam Anugerah Media Johor itu. Ia adalah kali kedua diadakan oleh kerajaan negeri sebagai mengiktiraf karya-karya kewartawanan terbaik yang telah dihasilkan oleh pengamal media yang bertugas di negeri itu. Terdapat hampir 200 orang wartawan berkhidmat di Johor pada waktu ini. Sebahagian besar mereka menyertaai Kelab Media Johor yang telah bekerjasama menjayakan malam anugerah itu. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Malaysian Press Institute (MPI) telah bertindak sebagai secretariat penghakiman bagi anugerah 2011. Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya pula bertindak sebagai pengerusi panel hakim pemutus. Senarai Pemenang Anugerah Media Johor 2011 adalah seperti berikut:

Media Cetak – Bahasa Melayu

Kategori Nama Organisasi
Berita Ekonomi Terbaik Terbaik – Lukman Haziq Utusan Malaysia
Berita Pembangunan Terbaik Terbaik – Mohamed Farid Noh Berita Harian
Berita Sukan Terbaik Terbaik – Nasri Jamaludin Kosmo!
Rencana Terbaik Terbaik -Mohd Firdaus Yon Sinar Harian

Media Cetak – Bahasa Inggeris

Kategori Nama Organisasi
Berita Ekonomi Terbaik Terbaik – Zazali Musa The Star
Berita Pembangunan Terbaik Terbaik – Nelson Benjamin The Star
Berita Sukan Terbaik Terbaik – Rizal Abdullah New Straits Times
Rencana Terbaik Terbaik – Jasmine Shadiqe New Straits Times

Media Cetak – Bahasa Cina

Kategori Nama Organisasi
Berita Ekonomi Terbaik Terbaik – Wong Kim Huat China Press
Berita Pembangunan Terbaik Terbaik – Leow Chee Wee, Wei Ah Moi Sin Chew Daily
Berita Sukan Terbaik Terbaik – Ho Hwa Kiong Sin Chew Daily
Rencana Terbaik Terbaik – Soh Sin Em, Hang Wei Sek, So Yuen Ling Nanyang Siang Pau

Media Cetak – Bahasa Tamil

Kategori Nama Organisasi
Berita Ekonomi Terbaik Saguhati – MK Valluvan Tamil Nesan
Berita Pembangunan Terbaik Saguhati – S Krishna Murti Makkal Osai
Berita Sukan Terbaik Terbaik – S. Krishna Murti Makkal Osai
Rencana Terbaik Terbaik – M. Chinapen Malaysia Nanban

Media Elektronik – Televisyen

Kategori Nama Organisasi
Wartawan TV Terbaik Saguhati – Shahrul Hasan Astro Awani
Liputan Berita TV Terbaik Terbaik – Ernalisa Othman RTM
Liputan Berita Pelancongan TV Terbaik Saguhati – Shahril Kadir, Idrus Rahmat TV3
Jurukamera TV Terbaik Terbaik – Ismail Osman RTM

Media Elektronik – Radio

Kategori Nama Organisasi
Penyiar Terbaik Terbaik – Mazlina Wahab RTM
Liputan Berita Radio Terbaik Saguhati – Madhavan A/L K. Appoo RTM
Majalah Radio Terbaik Saguhati – Haji Bahtiar Arshad Best 104
Bicawara Radio Terbaik Saguhati – Azhar Mohd Esa Best 104
Jingle Pengumuman Awam Terbaik Terbaik – Haji Bahtiar Best 104

Media Cetak – Foto

Kategori Nama Organisasi
Fotografi Minat Insani Terbaik – Lek Kah Meng Saguhati – Raja Jaafar Raja Ali Sin Chew Daily Utusan Malaysia
Fotografi Berita Terbaik Terbaik – Abdul Rahman Embong The Star