Anugerah Media Johor 2011 : ulasan panel hakim

Pengenalan:

330 penyertaan telah dikemukakan untuk bertanding dalam Anugerah Media Johor 2011. Bilangan penyertaan itu mewakili empat bahasa yang dipertandingkan – Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil, selain kategori fotografi, televisyen dan radio. Setiap satu bahasa dipecahkankan kepada empat kategori – berita pembangunan terbaik, berita eknomi terbaik, berita sukan terbaik dan rencana terbaik. Bagi fotografi pula terdapat dua kategori – fotografi minat insane terbaik dan fotografi berita terbaik. Bagi TV pula terdapat tiga kategori – wartawan TV terbaik, liputan berita tv terbaik, liputan berita ekonomi terbaik dan liputan berita pelancongan terbaik dan jurukamera terbaik. Untuk radio pula terdapat kategori iaitu penyiar terbaik, liputan berita radio terbaik, majalah radio terbaik, bicarawara radio terbaik dan jingle pengumuman awam terbaik.

Penyertaan mengikut bahasa dan kategori adalah seperti berikut:

Bahasa Melayu

KATEGORI JUMLAH PENYERTAAN
BERITA PEMBANGUNAN TERBAIK 11
BERITA EKONOMI TERBAIK 10
BERITA SUKAN TERBAIK 10
RENCANA TERBAIK 15
JUMLAH KESELURUHAN 46

Bahasa Inggeris

BERITA PEMBANGUNAN TERBAIK 18
BERITA EKONOMI TERBAIK 10
BERITA SUKAN TERBAIK 11
RENCANA TERBAIK 33
JUMLAH KESELURUHAN 72

Bahasa Cina

BERITA PEMBANGUNAN TERBAIK 15
BERITA EKONOMI TERBAIK 10
BERITA SUKAN TERBAIK 4
RENCANA TERBAIK 24
JUMLAH KESELURUHAN 53

Bahasa Tamil

BERITA EKONOMI TERBAIK 14
BERITA PEMBANGUNAN TERBAIK 22
BERITA SUKAN TERBAIK 15
RENCANA TERBAIK 22
JUMLAH KESELURUHAN 73

Fotografi

FOTOGRAFI MINAT INSANI (HUMAN INTEREST) 14
FOTOGRAFI BERITA TERBAIK 14
JUMLAH KESELURUHAN 28

Televisyen

WARTAWAN TV TERBAIK 3
LIPUTAN BERITA TV TERBAIK 9
LIPUUTAN BERITA EKONOMI TERBAIK TIADA
LIPUTAN BERITA PELANCONGAN TERBAIK 3
JURUKAMERA TV TERBAIK 13
JUMLAH KESELURUHAN 28

Radio

PENYIAR TERBAIK 4
LIPUTAN BERITA RADIO TERBAIK 5
MAJALAH RADIO TERBAIK 2
BICAWARA RADIO TERBAIK 3
JINGLE PENGUMUMAN AWAM TERBAIK 12
JUMLAH KESELURUHAN 26
JUMLAH SEMUA PENYERTAAN 326

BARISAN PENAL JURI:

Barisan penal juri yang dilantik untuk membuat penghakiman pula terdiri daripada wartawan berpengalaman dan ahli-ahli akademik yang berkemahiran tinggi dalam bidang masing-masing. Mereka ialah:

  1. Encik Latif Abu Bakar, pensyarah komunikasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Segamat Johor. Beliau juga adalah pemenang Hadiah Kajai, Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) pada 1985
  2. Prof. Madya Dr. S. Kumaran, Ketua Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya.
  3. Encik S. Rajan, bekas editor agensi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
  4. Encik Liew Hing Chang, mantan ketua editor, Sin Chew Daily
  5. Encik Mohd Nor Amin, bekas juruhebah RTM dan pernah berkhidmat dengan bahagian Melayu, Radio NHK, Jepun.
  6. Encik Saiful Bahari Kamaruddin, bekas editor bahasa Inggeris TV3, juga seorang pensyarah dalam bidang kewartawanan.

Selain panel juri, satu barisan penal pemutus untuk memilih pemenang juga dibentuk. Mereka terdiri:

  1. Dato’ Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Press Institute (MPI)
  2. Encik Sa’odi Bin Mat Attar, Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Johor.
  3. Tuan Haji Hamdan Bin Haji Hasnan, Pengarah Penerangan Johor

Panel pemutus telah mengadakan mesyuarat memilih pemenang pada 17 November 2011 di Peninsula Hotel, Kuala Lumpur.

ULASAN PANEL JURI

Bahasa Melayu

Pada keseluruhannya penyertaan bagi Anugerah Media Johor 2011 adalah sangat baik. Terdapat kesungguhan di kalangan peserta untuk melengkapkan tulisan mereka dengan menemui seberapa banyak mungkin sumber untuk dijadikan bahan berita dan rencana. Bahan-bahan daripada pelbagai sumber itu pula kemudian diolah menjadi menarik, diiringi dengan gaya penceritaan yang memukau. Bagi kategori rencana pula persaingan agak sengit kerana secara keseluruhannya penulis menggunakan kreativiti mereka dengan baik sekali. Syabas!

Bahasa Inggeris

Penyertaan dalam semua kategori adalah bermutu tinggi. Pemilihan topic adalah baik. Artikel-artikel pula telah ditulis dengan kemas dan disunting dengan bagus sekali. Hasilnya, berita dan rencana yang disiarkan dalah menarik untuk dibaca. Artikel dan tulisan yang terdapat dalam akhbar the Star mempunyai keghairahan yang tinggi. Hasil tulisannya adalah pelbagai dari segi mauduk yang dibicarakan dan kedalaman mengupas cerita. Ada baiknya akhbar-akhbar berbahasa Inggeris yang lain digalakkan menyertai anugerah ini dengan minat yang lebih besar pada masa-masa akan datang.

Bahasa Cina:

Secara keseluruhannya penyertaan adalah bagus, tetapi masih banyak ruang yang perlu diperbaiki terutama dari segi pemilihan topik dan penceritaan. Misalnya bagi kategori berita sukan, pemilihan topik sepatutnya berkisar kepada kegiatan yang membabitkan Johor bukannya tentang negara lain. Ada juga tulisan yang bukan rencana telah dimasukkan dalam kategori rencana. Para wartawan harus arif membezakan apa yang dianggap berita dan juga rencana. Diharap penyertaan pada masa-masa akan datang akan bertambah tinggi kualitinya.

Bahasa Tamil

Pada keseluruhannya mutu artikel tidak mencapai standard yang diingini. Ini mungkin disebabkan oleh tiada ada pendedahan dan latihan kepada para pemberita Tamil akan profesyen mereka sebagai pemberita dan perekod. Artikel-artikel dipilih hanya untuk memenuhi syarat penyertaan. Tidak ada kajian dan bukti-bukti yang kukuh untuk menguatkan penulisan mereka. Walaupun sesetengah artikel panjang, tetapi isi utama terdapat dalam perenggan satu atau dua sahaja dan tidak ada kaitan dengan penerangan selanjutnya. Ada artikel pula tidak sempurna kerana tidak difotostat keseluruhan artikel. Kesilapan ini amat ketara. Para wartawan akhbar Tamil harus mengambil semasa mengambil salinan artikel untuk dinilai.

Televisyen

Pada keseluruhannya penyertaan untuk kategori TV adalah mengecewakan. Kebanyakan bahan-bahan yang dihantar adalah kurang menarik dan dangkal dalam pengupasan dan penceritaan. Maklumat yang cuba disampaikan juga tidak menyeluruh. Penggunaan visual untuk mengiringi teks berita juga tidak begitu asli. Banyak visual arkib digunakan berulang kali, menyebabkan paparan berita tidak segar. Harus diingat bahawa berita TV adalah penulisan yang bersumberkan visual. Hakikat ini tidak begitu difahami oleh wartawan siaran yang telah mengemukakan penyertaan kali ini. Juga sukar untuk mengukur kualiti penyelidikan untuk bidang jurukamera. Visual yang diambil adalah biasa. Mereka sepatutnya memilih visual-visual yang boleh memukau penonton.

Radio

Pada keseluruhannya, penyertaan adalah memuaskan terutamanya bagi kategori jingle pengumuman awam. Tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki terutama berkait pengendalian bicarawara yang ada kalanya sudah menjadi semacam stereotaip. Para juruhebah perlu senantiasa menyuntik pembaharuan dalam program yang dikendalikan dalam upaya untuk menarik penonton. Mohon pihak RTM memperbanyakkan penyertaan pada masa akan datang.

Fotografi

Penyertaan untuk kategori fotografi, baik minat insani atau berita, adalah amat memberangsangkan. Jurukamera mempamerkan professional yang tinggi da membanggakan dalam merakam kehidupan seharian yang mungkin tidak diperhatikan sangat oleh orang biasa. Dari segi pemilihan subjek yang ingin dirakam dan juga komposisi gambar, mesej-mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca adalah jelas. Tahniah kepada pemenang.

 

Dato’ Chamil Wariya

Pengerusi Panel Hakim Pemutus

Anugerah Media Johor 2011.