Featured
ANUGERAH MEDIA PEMBINAAN CIDB 2019 DILANCARKAN

ANUGERAH MEDIA PEMBINAAN CIDB 2019 DILANCARKAN

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) meraikan kecemerlangan 19 wartawan media sempena Anugerah Media Pembinaan CIDB (AMP) 2018 yang telah berlangsung pada 3 Disember 2018 bertempat di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur.

AMP kali ini menyaksikan The Star merangkul sekurang-kurangnya satu anugerah bagi setiap kategori yang dipertandingkan iaitu Anugerah Media Cetak & Portal Berita, Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian, dan Anugerah Fotografi.

Penganjuran AMP kali ke-4 ini diadakan sebagai mengiktiraf hasil karya kewartawanan pengamal media yang telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai inisiatif-inisiatif Kerajaan Malaysia dalam industri pembinaan menerusi Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP). Empat teras strategik utamanya menjadi kayu ukur lonjakkan industri pembinaan supaya lebih berdaya saing iaitu Kualiti; Keselamatan dan Profesionalisme; Kemampanan Alam Sekitar; Produktiviti dan; Pengantarabangsaan.

Pada malam tersebut CIDB turut melancarkan Anugerah Media Pembinaan CIDB (AMP) 2019 dengan poster berwajah baharu. CIDB mengalu-alukan semua pengamal media untuk menyertai anugerah ini pada tahun hadapan.

Poster Anugerah Media Pembinaan CIDB 2019

 

Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Tuan Baru Bian bersempena Malam Penghargaan Media Kementerian Kerja Raya. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, Tuan Mohd Anuar Mohd Tahir, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Dato’ Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya.

 

Berikut adalah kenyataan akhbar yang mengandungi senarai pemenang mengikut wilayah :

03122018_AMP_KL_Kenyataan_Akhbar

03122018_AMP_Sabah_Kenyataan_Akhbar

20102018_AMP_Sarawak_Kenyataan_Akhbar

 

Himpunan gambar-gambar majlis:

Menteri Kerja Raya, Tuan Baru Bian menyampaikan ucapan aluan. Beliau mengenakan topeng muka adiwira dari Marvel iaitu Thor.
Datuk Dr. Chamil Wariya memberikan ucapan aluan pembukaan majlis.
Pelancaran poster baharu AMP 2019.

Para pemenang bergambar beramai-ramai dengan hadiah masing-masing.
Para tetamu Malam Penghargaan Media Kementerian Kerja Raya.