ANUGERAH
Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023 telah dibuka!

Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023 telah dibuka!

Makluman: Tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan sehingga 15 September 2023

Berita baik kepada semua karyawan & pengamal media tempatan, Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023 (AMP CIDB 2023) telah pun dibuka penyertaannya mulai 28 Julai 2023.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kembali menyemarak industri kewartawanan dengan memberi pengiktirafan terhadap karya-karya kewartawanan pembinaan terbaik atau berkait dengan salah satu aspek bidang tugas CIDB, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensi di bawahnya menerusi pertandingan AMP CIDB 2023.

Tawaran hadiah berjumlah RM 40,000 untuk dimenangi bagi 4 kategori dipertandingkan termasuklah kategori baharu yang diperkenalkan untuk edisi kali ini iaitu kategori Infografik.

Hantarkan karya-karya anda yang telah disiar dan diterbitkan mulai 1 Ogos 2019 sehingga 31 Ogos 2023. Tiada yuran penyertaan dikenakan.

Sila klik pautan dibawah untuk keterangan lanjut :

Tarikh tutup penyertaan 15 September 2023.  Sebarang pertanyaan mengenai anugerah boleh ajukan kepada Sekretariat AMP CIDB.