ANUGERAH
Anugerah Media Pembinaan CIDB 2024 dibuka!

Anugerah Media Pembinaan CIDB 2024 dibuka!

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat menyemarakkan lagi industri kewartawanan dengan melalui Anugerah Media Pembinaan CIDB, edisi tahun 2024 dengan penambahan tiga kategori baharu.

Tiga kategori baharu tersebut adalah Anugerah Media Cetak & Portal Berita – Laporan Khas Berita, Anugerah Media Penyiaran Radio dan Anugerah Infografik Video.

Tawaran hadiah berjumlah RM 70,000 untuk dimenangi bagi 7 kategori dipertandingkan.

Hantarkan karya-karya anda yang telah disiar dan diterbitkan mulai 1 September 2023 sehingga 31 Ogos 2024. Tiada yuran penyertaan dikenakan.

Sila klik pautan dibawah untuk keterangan lanjut :

Tarikh tutup penyertaan 5 September 2024.  Sebarang pertanyaan mengenai anugerah boleh ajukan kepada Sekretariat AMP CIDB.