
Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan berlangsung meriah
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2019 berlangsung meriah pada petang 14 November 2019 lalu di Klana Resort, Seremban.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun dalam satu majlis santai yang diserikan oleh dua penghibur tersohor negeri itu – Aishah dan Hael Husaini.
Malaysian Press Institute (MPI) yang bertindak sebagai sekretariat bagi kategori media diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Chamil Wariya pada majlis tersebut.
Acara pada petang itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negara Ku dan Malaysia Bersih, diikuti oleh ucapan Menteri Besar dan penyampaian sijil penghargaan kepada para penal hakim dan pemenang.
Bagi kategori media, wartawan RTM, Hanna Adlint Nasatiun binti Ahmad dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kewartawanan Sri Sembilan. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.
Hanna juga diangkat sebagai pemenang Anugerah Kewartawanan Televisyen Cemerlang yang menawarkan hadiah wang tunai RM2,000.
Wartawan the Star, Chitra Santhi Nathan mengungguli Anugerah Kewartawanan Media Cetak Cemerlang; Farhana Nabillah binti Zakakria pula memenangi Anugerah Kewartawanan Radio Cemerlang.
Bagi kategori Anugerah Kewartawanan Jurufoto Cemerlang, pemenangnya ialah Iqmal Haqim bin Rosman dari akhbar New Straits Times.
Teh Derwoei, yang mewakili Nanyang Siang Pau pula menjadi pemenang Anugerah Kewartawanan Rencana Cemerlang manakala Anugerah Rencana Pembangunan Negeri Sembilan (individu) digondol oleh Mohd Ifwan bin Tun Tuah dari Berita Harian.
Rakaman gambar :

Dari kiri, Tuan Mohamad Nazaruddin Sabtu (Pengerusi Bertindak Kebudayaan & Adat Istiadat Melayu), Dato’ Zulkefly Mohamad Bin Omar (Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri), Dato’ Seri Haji Aminudin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan), Profesor Dr. Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara 1991), Datuk Dr. Chamil Wariya (CEO MPI), Prof Dr. Yahya Ariffin (Penolong Naib Canselor USIM).
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato; Seri Haji Aminuddin Harun menyampaikan ucapannya. Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun menyerahkan sijil & plak penghargaan ahli panel hakim kepada Datuk Dr. Chamil Wariya. Sarban Singh dari The Star mengambil hadiah Anugerah Kewartawanan Media Cetak Cemerlang bagi pihak teman sejawatnya, Chitra Santhi Nathan, yang ketika itu sedang bertugas di luar kawasan. Acara penyampaian anugerah dimulakan dengan mengumumkan Hanna Adlint Nasatiun dari Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan sebagai pemenang Anugerah Kewartawanan Televisyen Cemerlang serta membawa pulang RM 2,000 Anugerah Kewartawanan Radio Cemerlang dimenangi Farhana Nabillah Zakaria dari Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan Iqmal Haqim menerima Anugerah Kewartawanan Jurufoto Cemerlang serta wang tunai RM 2,000 Teh Derwoei dari Nanyang Siang Pau memenangi Anugerah Kewartawanan Rencana Cemerlang Wakil Ifwan Tuah dari Berita Harian mengambil Anugerah Rencana Pembangunan Negeri Sembilan (Individu) Anugerah Kewartawanan Sri Sembilan serta wang tunai RM 6,000 milik kepunyaan Hanna Adlint Nasatiun. Tahniah! Para pemenang anugerah bergambar kenangan di atas pentas
Aisyah membawa tetamu majlis mengimbau kembali kenangan lama dengan lagu ‘Janji Manismu’ Duduk dari kiri, Tuan Mohamad Nazaruddin Sabtu, Dr Yahya Ariffin, Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik, Dato’ Seri Hajia Aminuddin Bin Harun, dan Datuk Dr. Chamil Wariya. Majlis disemarakkan dengan persembahan rancak lagi bertenaga dari penyanyi Hael Husaini Dato’ Seri Haji Aminudin Harun kelihatan ceria dalam menyampaikan sesuatu kepada Datuk Dr. Chamil Wariya Datuk Dr. Chamil Wariya sempat bergambar dengan penghibur, Hael Husaini. Para juri anugerah bergambar kenangan di akhir majlis. Dari kiri : Datuk Dr. Chamil Wariya, Prof Dr Yahya Ariffin, Prof Madya Dr. Norhayati Ab. Rahman, dan Puan Wan Admiza Wan Hassan. Dari kiri Prof Dr Yahya Ariffin, Datuk Dr. Chamil Wariya, Puan Hajah Jamilah Hj Katis