Bengkel Diskusi Isu Islam Semasa untuk wartawan

‘Bengkel Diskusi Isu Islam Semasa’, anjuran  bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan Malaysian Press Institute (MPI) diadakan baru-baru ini bertujuan untuk memberi panduan kepada para wartawan tentang bagaimana mereka seharusnya menangani isu-isu ke Islaman dan bagaimana menulis dengan tepat agar tidak memesongkan inti pati berita.

Bengkel selama dua hari satu malam khas bagi pengamal media telah diadakan pada 20 hingga 21 November 2013 bersamaan 16  hingga 17 Muharam 1453H bertempat di Dewan Bunga Raya 5, Tingkat 7, Hotel Midah Kuala Lumpur.

Antara topik-topik yang dibincangkan adalah  ‘Peranan Wartawan Dalam Menghadapi Isu Islam Semasa’; ‘Perkembangan Dakyah Dan Strategi Musuh-musuh Islam’; Slot Tayangan ‘My Name Is Khan’ dan ’ Fahaman-fahaman Menyeleweng Daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Konsep Pluralisme Agama Daripada Perspektif Islam Dan Barat’.

Penceramah-penceramah pada hari tersebut terdiri daripada Ustaz yang mempunyai kepakaran di dalam bidang masing-masing  antaranya ialah Ustaz Muhammad Ariffin bin Ismail, ketua panel pemikir Isu-isu semasa Islam , Encik Mafis bin Mohd Samuri, ahli panel pemikir Isu Islam, Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaluddin,  ahli panel pemikir Isu Islam,  Profesor Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris,  Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS), UTM. Turut serta pada majlis penutupan bengkel ialah Sahibus Samahah Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan.

Ustaz Muhammad Ariffin bin Ismail, dalam taklimatnya mengatakan peranan wartawan itu sangat penting dalam menegakkan ajaran Islam. Warga pengamal media semestinya berupaya untuk menyampaikan berita kepada umum agar segala informasi  yang dikongsi bersama adalah benar dan berupaya memberi ulasan dan kritikan secara adil.

Beliau juga menyarankan wartawan juga berkeupayaan untuk mencari kesahihan berita, menghindar dari sangkaan, menolak isu yang tidak benar kerana media juga mempunyai tanggungjawab sebagai pendakwah.  Antara lain, peranan wartawan termasuklah memberi penjelasan bahawa ajaran Islam itu bersifat rahmat bagi kehidupan, menolak anggapan bahawa Islam sebagai agama pengganas, menjelaskan kelemahan fahaman Barat mengenai Islam dan memberi kesedaran mengenai kesalahan kelompok yang sesat dan menjelaskan dimana letak kesesatan mereka dengan rujukan keilmuan.

Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaluddin, dalam ceramahnya telah menasihati para peserta bahawa tanggungjawab bersama menjaga keagungan agama Islam daripada semua ancaman-ancaman dan bahaya tak kira dalam bidang apa pun dan kedudukan masing-masing dalam masyarakat.

Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris, menyampaikan maklumat bahawa syiah, liberalisme, pluralisme dan wahhabiyah, merupakan antara ideologi dan bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah. Mereka yang berfahaman sebegini sentiasa mencari tapak untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia.

Sahibus Samahah Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan telah menggulung inti pati bengkel dan merasmikan penutupan bengkel.

Seramai dua puluh lapan wartawan telah menyertai bengkel ini.

1. Antara Peserta ‘Bengkel Diskusi Isu Islam Semasa’.

2. Puan NorHafiza Kamaludin Sebagai juruacara sepanjang bengkel ini.

3.Ustaz Muhammad Ariffin bin Ismail, ketua panel pemikir Isu-isu semasa Islam menyampaikan ceramah mengenai  peranan wartawan dalam melaporkan  mengenai isu-isu  Islam.

4.Encik Mafis bin Mohd Samuri, menerangkan tentang ‘Perkembangan Dakyah dan Strategi Musuh-musuh Islam’.

5. Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaluddin, memberi ceramah mengenai fahaman-fahaman Wahabiah dan Gadiani yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

6. Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris, Pensyarah di pusat kajian tinggi Islam, sains dan peradaban (CASIS), memberi ceramah tentang ‘Konsep Pluralisme Agama Daripada Perspektif Islam Dan Barat’.

7. Ahmad Zahirudin Zabidi daripada Karangkraf mengajukan soalan kepada Ustaz Muhammad Ariffin bin Ismail.

8. Mohd Firdaus Salleh Hudin daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sedang memberi pandangan mengenai filem ‘My Name is Khan’.

9. Mohd Kaya Iggoh daripada Penerangan sabah, membincangkan unsur-unsur liberalisme dan pluralisme yang terdapat dalam filem ‘My Name is Khan’.

10. Badrul Hafizan Mat Isa daripada Utusan Melayu, Sesi Dialog bersama Panel.

11. Nor Shamsinor Baharin daripada Utusan Karya, Sesi Dialog bersama Panel.

12. Ustaz Muhammad Ariffin bin Ismail dan Encik Mafis bin Mohd Samuri membincangkan tentang isu-isu pluralisme dan liberalisme yang terdapat dalam filem ‘My Name is Khan’.

13. Sesi dialog bersama ahli panel dari kiri, Encik Mafis bin Mohd Samuri , Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris, Ustaz Muhammad Ariffin bin Ismail dan Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaluddin.

14. Peserta sedang tekun mendengar taklimat.

15. Para peserta sedang tekun menonton Filem ‘My Name is Khan’.

16. Sahibus Samahah Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan menyampaikan ucapan penutup bengkel.

17. Peserta lelaki bergambar bersama ahli panel.

18. Peserta wanita bergambar bersama ahli panel.