Featured
Bengkel  Infografik Secara Maya dan Fizikal

Bengkel Infografik Secara Maya dan Fizikal

Buat pertama kali Malaysian Press Institute (MPI) menganjurkan kursus menggunakan dua kaedah serentak iaitu secara atas talian dan secara bersemuka pada 9 dan 10 Disember 2020 di Zenith Hotel, Putrajaya.

Pengurus Latihan MPI, Puan Norhafiza Kamaludin memberitahu kedua–dua  kaedah sebegini akan terus digunakan oleh pihak MPI bagi memberi peluang kepada peserta yang berada di zon merah yang tidak dapat menghadirkan diri mereka untuk turut serta dalam mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak MPI dimusim COVID-19 ini.

Seramai 12 peserta telah mengikuti secara fizikal (bersemuka) manakala 5 peserta mengikuti kursus secara virtual (maya) terdiri daripada pengamal komunikasi korporat antaranya pegawai penerangan dari Jabatan Penerangan Malaysia, pereka grafik dari PETRONAS, RANHILL, WORLDWIDE dan CAGAMAS .

Kursus selama dua hari ini diadakan bagi memberi peluang kepada para peserta mempertajamkan kemahiran rekabentuk grafik melalui penekanan khusus kepada teknik penggunaan font dan grafik yang betul. Peserta juga turut didedahkan dengan teknik pemilihan warna yang sesuai untuk memberi kesan yang lebih menarik kepada hasil rekaan grafik masing-masing.

Rata-rata peserta berpendapat kursus ini sangat berkesan kerana penceramah yang sangat berpengalaman di samping banyak latihan secara praktikal dilakukan oleh mereka. Ada yang berpendapat bahawa masa yang diperuntukkan selama dua hari tidak mencukupi dan berharap supaya MPI dapat anjurkan kursus sebegini lagi pada masa akan datang.

1. Penceramah, Tung Eng Hwa memberi tips-tips infografik yang menarik kepada para peserta.
2. Penceramah tidak ketinggalan menjawab soalan dari peserta online sambil memberi ceramah secara fizikal.
3. Encik Mansor, peserta daripada Worlwide Holdings Berhad berkongsi idea kepada rakan – rakan sekumpulan beliau.
4. Kaedah secara online dan fizikal dengan bantuan krew dan sekretariat MPI.
5. Kumpulan Blackpink, membentangkan hasil persembahan berkumpulan mereka dalam kursus tersebut.
6. Mr Tung sedia membantu para peserta jika mereka mempunyai masalah dalam menghasilkan aktiviti mereka.
7. Peserta dari PETRONAS, Puan Rosmadiwi tekun menyiapkan tugasan individu yang diberikan oleh penceramah.
8. Sebahagian peserta online dan fizikal mengambil gambar kenangan bersama penceramah pada akhir kursus.