Bengkel Kerjaya Industri Kreatif Untuk Anak Yatim
38 orang pelajar tingkatan lima yang terdiri daripada anak-anak yatim jagaan Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2013 mengikuti bengkel kerjaya dalam bidang kewartawanan siaran dan industri kreatif anjuran para pelajar komunikasi Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUM KL).
Bengkel itu dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM), Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul dan Malaysian Press Institute (MPI).
Antara penceramah ialah personaliti TV, Yusanani Yushak, pelakon Zed Zaidi dan Emelda Rosmila, penyanyi Neves (Pretty Ugly), Zehra Zambri, Diddy Hirdi dan Sheila Abdull serta pensyarah kanan UUMKL, Dr. Ahmad Rizal Mazlan.
Turut bertindak sebagai penceramah ialah Suffian kumpulan Saujana yang juga juruhebah radio Ikim dan Naim Hashim dari Suria fm.
Bengkel sehari itu telah mendedahkan para pelajar tentang pekerjaan dalam bidang penyiaran, seni persembahan, seni muzik dan industri kreatif pada keseluruhannya.
1. Para peserta bengkel bergambar kenangan dengan para pelajar komunikasi UUMKL.
2. Inilah penceramah Bengkel Kerjaya Kewartawanan Siaran dan Industri Kreatif yang terdiri daripada para pelajar program khas komunikasi UUMKL. Mereka berada di semester akhir pengajian ijazah sarjana muda komunikasi dengan kepujian.
3. Majlis penyampaian sijil bengkel disempurnakan oleh Dr. Ahmad Rizal Mazlan (kanan). Turut hadir: Datuk Chamil Wariya (dua kanan), Penolong Pegawai Pelajaran Pejabat Pelajaran Willayah Sentul, Cikgu Nor Ayu (kiri) dan Pengarah Urusan Yatim, Sallehuddin Osman (dua kiri).
4. Sebahagian peserta bengkel tekun mendengar ceramah di Kabin Latihan MPI di Kuala Lumpur.