Bengkel kewartawanan digital dan multimedia MPI dapat sambutan

Malaysian Press Institute (MPI) telah memulakan program latihan 2017 dengan mengadakan Kursus Kewartawanan Digital  & Multimedia selama tiga hari  pada 14 hingga 16 Februari 2015 di Hotel UiTM, Shah Alam.

Seramai 23 peserta mengikuti program tersebut. Empat penceramah berpengalaman dalam bidang masing-masing dijemput untuk berkongsi pengalaman dengan para peserta.

Mereka ialah Encik Zainal Halim, mantan Wartawan Foto Reuter, Encik Mohammed Hazli b. Mohammed Hassan, Penolong Pengarang Berita Utusan Online, Utusan Malaysia, Datuk Ahirudin bin Attan, Penulis Blog, dan Puan Hasnah Mohd. Salleh, Penulis Laman Web / Blog, Dewan Bahasa & Pustaka.

Digital Workshop 14-16 Feb APeserta mendengar ceramah tentang ‘digital photography’ oleh Encik Zainal Halim

Para eserta terdiri dari 10 orang ahli korporat iaitu seorang dari Northport Malaysia Bhd, lima dari Kerajaan Sarawak, dua dari Telekom Malaysia, seorang dari Digital OutReach Sdn. Bhd dan seorang dari Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd manakala.

13 yang lain terdiri daripada wartawan media iaitu dua dari The Malaysian Times Sdn. Bhd, tujuh dari Nanyang Siang Pau, seorang peserta dari Utusan Karya dan Star, dua dari Malaysia Aktif.

Kesemua peserta berpendapat bengkel tersebut telah membantu mereka  memahami kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan karya-karya yang bercorak dengan multimedia dengan lebih baik.

Digital Workshop 14-16 Feb BEncik Mohammed Hazli (dua kanan) memberi tunjuk ajar kepada peserta

Digital Workshop 14-16 Feb CDatuk Ahirudin Attan (berdiri, kanan) menekankan penulisan di Blog / Laman Web tidak boleh mengabaikan etika kewartawanan.

Digital Workshop 14-16 Feb DPn. Hasnah Mohd. Saleh pula mendidik para peserta mengenai penggunaan tatabahasa yang betul di Laman Web / Blog.